Pages

Daisypath Anniversary tickers

Monday, November 15, 2010

AIDILADHA 1431H~~

ASSALAMUALAIKUM... .
aidiladha2.jpg (400×350)

pejam celik pejam celik..dah nk raya haji...seronok tgk org dpt p haji di mekah mukarramah...YA ALLAH..JADIKAN AKU TETAMUMU SUATU HARI NNT....MOGA AKU DPT PELUANG YG BERHARGA ITU... AMIIN...

tapi kan..heranla...spptnya kita ikot Saudi Arabia la kan kalo raya haji..bila dah wukuf d pdg arafah.esoknya kita akan menyambut hari raya haji....bersamaan 17 nov 2010...emm...yala..dh kerajaan habaq mcm tu..kita terpaksa AKUR....hehe

raya haji sbagaimn yg kita tau bersempena menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang tidak membangkang suruhan ALLAH TAALA utk menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. sedangkan pada waktu tu ALLAH cuma mahu melihat setakat mn Nabi Ibrahim dpt melaksanakan perintah dan suruhanNYA...
melihatkan Nabi Ibrahim a.s yang tetap mengikut perintahnya....ALLAH menggantikan Nabi Ismail a.s dengan kibas...betapa kasihnya ALLAH kepada pesuruhNYA dan betapa akurnya Nabi a.s kepada ALLAH...masya ALLAH..



waktu raya haji ni jugak...digalakkan kita buat korban..spt kambing, lembu.... Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah
Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

so, marilah bersama2 kita meriahkan hari raya korban pd tahun ni dgn amalan yg diberkati..sedekahlah daging korban yg telah kita sembelih kepada mereka yg memerlukan....moga2 diredhai amalan kita...














2 comments:

cik dira said...

salam..hee..akak dah di tagged..hee

SITI MASTURA said...

maceh cik dira =))

NAK REZEKI MURAH TAK?

LINKAGE~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email