Pages

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label ALLAH. Show all posts
Showing posts with label ALLAH. Show all posts

Sunday, June 03, 2012

~KATA - KATA HIKMAT DARI SALAHUDDIN AL-AYUBI~




1. Saya meminta KEKUATAN dan ALLAH mmberi saya KESULITAN utk mmbuat saya KUAT

2. Saya bertanya ttg KEBIJAKSANAAN dan ALLAH mmberi saya MASALAH utk DISELESAIKAN

3. Saya meminta utk KEMAKMURAN dan ALLAH mmberi saya TENAGA utk BEKERJA

4. Saya meminta KEBERANIAN dan ALLAH mmberi saya BAHAYA utk diatasi

5. Saya mmnta CINTA dan ALLAH mmberi sy org2 yg BERMASALAH utk DIBANTU

6. Saya meminta NIKMAT dan ALLAH mmberi saya PELUANG

7. Saya TIDAK MEMINTA APA2 utk diri saya tetapi saya MENERIMA semua yg saya PERLUKAN.


~ALHAMDULILLAH, ALHAMDULILLAH, ALHAMDULILLAH, ALHAMDULILLAH, ALHAMDULILLAH~

Sedikit kisah mengenai SALAHUDDIN AL-AYUBI PEJUANG TERULUNG ~~

SALAHUDDIN al-Ayubi dilahirkan pada 532 Hijrah bersamaan 1138 Masihi di Kota Tarkit iaitu bahagian Tebing Barat Sungai Tigris, terletak di antara Mosul dan Baghdad. Beliau adalah anak gabenor.
Ayahnya, Najmuddin Ayub bin Shadhi adalah anak saudara kepada Sultan Nurudin Zenggi, berketurunan Kurdistan yang berasal dari Azerbaijan. Selain sebagai panglima perang, beliau adalah pendakwah, mujahid dan tokoh pemimpin Islam yang bukan daripada kalangan bangsa Arab.
Ketika hayatnya, beliau lebih banyak berada di khemah perang daripada duduk di istana bersama keluarga. Siapa saja yang menggalakkannya berjihad akan mendapat kepercayaannya. Apabila hendak memulakan jihad melawan tentera salib, beliau akan menumpukan seluruh perhatiannya kepada persiapan perang dan menaikkan semangat tentera.
Di medan perang, beliau bagaikan seorang ibu garang kehilangan anak tunggal. Beliau bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain untuk mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah.
Beliau juga akan pergi ke seluruh pelosok tanah air dengan mata yang berlinangan mengajak manusia supaya bangkit membela Islam.
Ketika berusia 17 tahun, Salahuddin al-Ayubi mula berkhidmat dengan Nur al-Din di Damsyik. Beliau adalah panglima tentera, pemimpin dan pentadbir negara yang sangat berbakat dan sangat popular ketika zaman perang salib. Beliau membabitkan diri dalam peperangan salib di kawasan Mesir, Palestin dan Syria.
Beliau mula terkenal pada 559 Hijrah (1164 Masihi) apabila menyertai ekspedisi bersama-sama Shirkuh yang dihantar oleh Nur al-Din bagi menentang tentera Salib di Mesir. Beliau berjaya mengusir Amaury dari Mesir pada 1 Rabiulakhir 564 Hijrah (Januari 1969 Masihi). Selepas Shirkuh meninggal dunia, tempatnya diganti oleh Salahuddin al-Ayubi. Pada masa sama, Nur al-Din melantik beliau sebagai panglima angkatan tentera Syria.
Bagi memperkukuhkan tentera Islam, Salahuddin meminta negara Islam diurus di bawah satu pemerintahan. Walaupun cadangannya tidak dipersetujui sesetengah pihak termasuk pemimpin Syria, cita-cita Salahuddin itu termakbul.
Dalam bulan Zulkaedah 570 Hijrah (Mei 1175 Masihi), khalifah Abbasiyyah mengisytiharkan Salahuddin al-Ayubi sebagai Sultan Mesir dan menggelarkan dirinya sebagai Sultan al-Islam wa al-Muslimin. Pada tahun itu juga beliau membina kota pertahanan di Kaherah.
Pada tahun 583 Hijrah (1187 Masihi) berlaku Perang Salib kedua, yang juga dikenali sebagai Perang Hittin. Peperangan ini dipimpin sendiri oleh Salahuddin al-Ayubi hingga membuka jalan mudah untuk menawan kembali Baitulmaqdis.
Pada tahun 588 Hijrah (1192 Masihi) berlaku Perang Salib ketiga, hasil dendam dan kekecewaan golongan pembesar Kristian. Mereka berusaha merampas semula Baitulmaqdis daripada orang Islam. Walaupun perang Salib yang ketiga itu menggabungkan seluruh kekuatan negara Kristian, mereka tidak mampu menggugat kekuatan tentera Salahuddin al-Ayubi.
Pihak Kristian mengalami kekalahan dan ramai tentera terbunuh dan tertawan. Baitulmaqdis yang dikuasai orang Kristian selama 88 tahun, dapat ditakluki semula oleh Salahuddin al-Ayubi.
Sifat penyayang dan belas kasihan Salahuddin ketika peperangan sangat jauh berbeza daripada kekejaman tentera Kristian. Ahli sejarah Kristian pun mengakui mengenai hal itu.
Lane-Poole (penulis Barat) mengesahkan, kebaikan hati Salahuddin mencegahnya daripada membalas dendam. Beliau menulis bahawa Salahuddin menunjukkan ketinggian akhlaknya ketika orang Kristian menyerah kalah. Tenteranya sangat bertanggungjawab, menjaga peraturan di setiap jalan, mencegah segala bentuk kekerasan sehingga tidak ada kedengaran orang Kristian dianiaya.
Selanjutnya Lane-Poole menuliskan mengenai tindak-tanduk tentera Kristian ketika menawan Baitulmaqdis kali pertama pada 1099. Tercatat dalam sejarah bahawa ketika Godfrey dan Tancred menunggang kuda di jalan-jalan Jerusalem, jalan itu dipenuhi mayat, orang Islam yang tidak bersenjata diseksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat di atas bumbung dan menara rumah ibadat.
Darah membasahi bumi yang mengalir daripada pembunuhan orang Islam secara beramai-ramai. Ia juga mencemarkan kesucian gereja yang sebelumnya mengajar sifat berkasih sayang. Orang Kristian sangat bertuah apabila mereka dilayan dengan baik oleh Salahuddin.
Beliau meninggal dunia pada 27 Safar 589 Hijrah (1193 Masihi) pada usia 55 tahun di Damsyik, Syria slepas memerintah selama 25 tahun. Beliau sakit selama 14 hari sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Beliau meninggal dunia tanpa meninggalkan sebarang harta untuk diwariskan. Beliau dikatakan hanya memiliki 47 dirham wang perak dan 1 dinar wang emas. Urusan penyelenggaraan jenazah ditanggung oleh keluarga beliau, manakala kain kafannya diberikan oleh menteri.


Friday, June 01, 2012

~YES!!! YOU ARE BEAUTIFUL~~

~ASSALAMUALAIKUM & SALAM HIMPUNAN HIJAU BUAT SEMUA...



ARini dpt hbskan cita  korea ~ YOU ARE BEAUTIFUL yg ada dlm external..walaupun dh lama dh 
cita tu..tp still x rasa boring utk d tonton...boleh buat kita senyum, nangis, dan maybe ada gak moral of the story kt situ.. bolehla nk rilek2 otak jap sblm nak struggle utk VIVA n final exam....

lagu2 dlm cita tu pon best...ada maksud yg mndlm jugakla..aiyooo...kan dh senyum sorg2 nie...

hebat btoi pengaruh cita korea ni kan...tp nasibla x tpengaruh sgt dgn running man tuu..

jom study THESIS plak..nk kena mantopkan pengetahuan  dan pemahaman so nnt senang nk jawab soklan external examiner nnt...~

smoga external examiner bermurah hati nk bg markah tinggi2 skt...=)
smoga minggu ni berlalu dgn tenangnya..
smoga ari slasa mlm ni bleh balik umah dgn tenang =)
smoga dinner isnin mlm nnt berjln lncr...
smoga hubungan yg terbina slama 4 tahun ni berkekalan hingga ke akhir hayat..
smoga ALLAH mmberi kita kemudahan kelancaran kepetahan utk menjawab smua soklan2 VIVA, EXAM, nnt AAMIIN...~
smoga hubungan aku dgn megat dirahmati ALLAH slalu..moga dilindungi ALLAH selalu....



Sunday, May 13, 2012

~Dengan Nama Allah~ ^-^




kehidupan.png (600×479)
WE ARE STRONGER~~~

Alhamdulillah Syukur ke hadrat ALLAH kerana dgn rahmat dan kasih sygNYA...aku masih ada kekuatan dan kecekalan utk hadapi saat2 akhir semester last nie. 

tahap stress pada masa ni mmg the highest la =) sampai satu thp tu kita dh x nampak apa yg ptt d buat...apa yg ptt diperbetul...
dengan nama ALLAH...aku dpt hidup hnga ke masa ini...dengan nama ALLAH YG MAHA AGUNG, Aku berusaha utk menyiapkan sgala kerja dgn penuh teliti...d saat masa terasa laju berlalu...tido dah x tetap...mmg kna kuat dan cekal...ujian ni utk kita semua....Alhamdulillah...Alllah sdg menguji Allah sdg Melihat kita..waktu ni la smua kna tlg mnolong...kna tlg bg smgt antara 1 sama lain =)

esok kna antar jurnal utk xternal examiner..kena siapkan 2nd draft thesis...kena baiki2 lg...sambil2 tu kna start poster dh...mngu dpn dh nk present...rabu test, asignment utk OSHMS lagi...

Subhanallah....Alhamdulillah..ALLAHUAKBAR....

06-baqarah-286.png (334×512)


UNTUK MENYERAP KEKUATAN DAN SEMANGAT, SO, JOMLAH PAKAT BERDOA KEPADA ALLAH MAHA ESA..YG SNTIASA ADA UTK MENDENGAR KELUHAN DAN LUAHAN KITA...DIA AKAN TENTERAMKAN DAN TENANGKAN HATI KITA..INSYAALLAH..

Saturday, April 21, 2012

~Ujian Sakit dari Allah~

bismillahirrahmanirrahim__1245780806.jpg (600×200)
ujian.jpg (500×295)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dalam sebuah hadis riwayat Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma:


Maksudnya: Ada dua (jenis) nikmat yang kebanyakkan orang terlalai olehnya, iaitu kesihatan dan waktu lapang (senggang).

(Hadis riwayat al-Bukhari)


Doa36.jpg (400×290)
~Assalamualaikum semua~

Alhamdulillah panjatkan syukur kpd Allah s.w.t kerana mengurniakan 2 nikmat yg ckp indah kpd kita iaitu sihat dan masa lapang...Alhamdulillah kerana masih mmberi kesihatan dan masa sejenak utk berfikir...dan Alhamdulillah masa lapang itu x berlalu dgn sia2...

balik umah minggu lepas..mak sy pon tgh sakit lutut...lenguh2 yg berpanjangan...dalam 3 bulan gakla tu...jln pon terhenjut2..
bapak pulak terkena batuk3 lagi...batuk2 berpjgn...ujian yg x henti3 d beri...

Walau apapon kita kena redha dan bersyukur krn sakit tu ujian dr Allah..nk tgk jauh mn kita brsbr dan berikhtiar d samping pohon kepada ALLAH utk kesembuhan...dan keampunan..

tambah pulak...En.MMA sy pon sakit kaki lg skrg nie..masalah urat..samala mcm mak tu...urat bersimpul2...tu pun brlarutan gak...

ya ALLAH...KAU BERIKANLAH KESEMBUHAN KEPADA HAMBA2 MU INI YA ALLAH... 

Ada hikmah d sebalik sakit2 ni...Allah sgt2 menyayangi kalian =)

jom baca sedikit mengenai sakit...


1. Sakit Merupakan Salah Satu Bentuk Ujian

Allah Ta‘ala dalam firmanNya telah menyatakan bahawa ujian, cubaan dan dugaan itu datang dalam pelbagai bentuk:

Tafsirnya: Dan kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.

(Surah al-Anbiya’: ayat 35)
Firman Nya lagi:
Tafsirnya: Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.

(Surah al-Baqarah: ayat 155)

2. Sebagai Kaffarah (Penebus Dosa)
Allah Ta‘ala menjadikan cubaan dan ujian di dunia ini, samada dalam bentuk sakit, dukacita, kesedihan atau selainnya adalah salah satu cara untuk menghapuskan dosa seseorang itu. Adapun setelah menerima pembalasan di dunia, maka pembalasan itu adalah kaffarah, iaitu penebus bagi dosa tersebut. Terdapat banyak hadis yang menyatakan perkara ini dan antaranya ialah:
  • Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhumengatakan apabila diturunkan ayat 123 dari Surah an-Nisaa’ di atas, kami (orang-orang Islam) merasa sangat sedih. Lalu BagindaShallallahu ‘alaihi wasallam pun bersabda:
Maksudnya: Bersederhanalah (jangan terlalu berlebih-lebihan atau terlalu lalai) dan berusahalah melakukan (perkara) yang benar. Maka pada setiap musibah yang menimpa seorang muslim merupakan suatu kaffarah. Sekalipun (musibah itu berupa) bencana yang menimpanya atau duri yang menyucuknya.
(Hadis riwayat Muslim)
Antara bentuk musibah yang dimaksudkan dalam hadis di atas adalah seperti seseorang terjatuh atau terhantuk kakinya yang menyebabkan jari-jari kakinya sakit atau cedera.
  • Hadis yang diriwayatkan daripada Abu HurairahRadhiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya“Seorang muslim itu tidak ditimpa sesesuatu dari keletihan, penyakit, masalah (kebingungan), kesedihan (kerana kehilangan sesuatu), kesengsaraan dan duka cita sehinggakan (kepada) duri yang menusuknya (menyakitinya), kecuali Allah menghapuskan (mengampunkan) dengan semua itu daripada dosa-dosanya.”
(Hadis riwayat al-Bukhari)
  • Dalam hadis yang lain pula:
Maksudnya“Sesungguhnya seorang mukmin itu jika ditimpa penyakit, kemudian disembuhkan oleh Allah daripadanya (penyakit tersebut), maka ia (penyakit itu) menjadi kaffarah bagi dosa-dosanya yang telah lalu dan menjadi peringatan baginya untuk masa depannya. Sedang seorang munafik, apabila dia sakit lalu disembuhkan, maka dia seperti unta yang ditambat oleh pemiliknya, lalu mereka melepaskannya. Dia (orang munafik itu) tidak tahu mengapa dia ditambat dan dia tidak tahu mengapa dia dilepaskan.”
(Hadis riwayat Abu Daud)
Maka seorang mukmin apabila sembuh dari sakitnya, akan menjadikan sakitnya itu sebagai peringatan dan dia mengetahui bahawa penyakitnya itu adalah akibat atau balasan dari dosa-dosanya yang telah lalu. Kemudian dia menjadikannya sebagai iktibar dan pengajaran. Dia tidak akan mengulangi perbuatan dosa yang telah dilakukannya. Maka ujian sakit itu seterusnya menghapuskan dosanya sebagai kaffarah.
Berlainan orang munafik, apabila ditimpa penyakit dia tidak menjadikannya sebagai peringatan dan dia tidak pula bertaubat. Bahkan sakitnya itu tidak memberi faedah pada dirinya samada di masa yang lalu atau masa yang akan datang.
3. Diberikan Ganjaran
Para Rasul dan Nabi adalah ma‘shum (terpelihara daripada melakukan segala jenis dosa). Maka antara sebab mereka ditimpa dengan ujian sakit bukanlah sebagai balasan dari dosa yang dilakukan, akan tetapi untuk meninggikan lagi martabat dan kedudukan mereka.
Imam an-Nawawi Rahimahullah seterusnya menerangkan bahawa ulama berkata: “Hikmah para nabi lebih berat ditimpa dugaan, kemudian mereka yang di bawah taraf para nabi dan seterusnya mereka yang di bawahnya lagi, adalah kerana mereka telah dikhususkan dengan kesabaran yang sempurna, ketelusan penyerahan diri kepada Allah dan dengan pengetahuan bahawa semua itu adalah nikmat daripada Allah Ta‘ala untuk disempurnakan bagi mereka kebaikan yang selayaknya, menggandakan bagi mereka ganjaran pahala dan (bagi mereka) menzahirkan kesabaran dan keredhaan mereka.”
Adapun bagi seorang mukmin, perkara yang sama juga boleh dicapai. Ini berdasarkan beberapa hadis RasulullahShallallahu ‘alaihi wasallam antaranya ialah:
  • Hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallambersabda:

Maksudnya“Tiadalah seseorang mukmin yang tertusuk duri atau lebih dari itu melainkan Allah mengangkat satu darjat (dengan tertusuk duri itu) atau menghapuskan daripadanya satu kesalahan.”
(Hadis riwayat Muslim)
  • Dalam sebuah hadis qudsi daripada Abu HurairahRadhiallahu ‘ahnu yang dimarfu‘kan kepada Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam:
Maksudnya“Allah Azza wajalla berfirman: “Sesiapa yang Aku hilangkan kedua matanya lalu dia sabar dan mengharapkan pahala, nescaya Aku tidak suka baginya pahala selain syurga.
(Hadis riwayat at-Tirmidzi)
  • Dalam satu riwayat daripada Abu HurairahRadhiallahu ‘anhu bahawa seorang perempuan telah mengadu kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam mengenai penyakit yang dideritainya. Menurut hadis tersebut, perempuan itu akhirnya memilih untuk bersabar sahaja dengan keadaanya agar dia memperolehi ganjaran yang lebih besar dengan bersabar. Perempuan itu berkata:
Maksudnya“Wahai Rasulullah! Berdoalah kepada Allah agar menyembuhkanku.”
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Jika engkau mahu, aku akan berdoa kepada Allah bagimu, maka Allah akan menyembuhkanmu. Dan jika engkau mahu, maka bersabarlah dan (semoga) tiada hisab ke atasmu.”
Perempuan itu pun berkata: “Pasti aku akan (memilih untuk) bersabar dan (semoga) tiada hisab ke atasku.”
(Hadis riwayat Ibnu Hibban)

sakit_ujian_allah.jpg (308×320)

~Rahsia d dalam Sujud~

394918_310314939002934_296642493703512_1004393_1837602649_n.jpg (960×720)

Kadangkala mungkin kita akan merasa kurang selesa sekiranya imam sujud terlalu lama, tetapi tahukah kita bahawa disana ada rahsia 1000 hikmah yang tersembunyi dari sujud yang sering kita lakukan.


Begitu juga perlu kita sedar bahawa tidak ada sesuatu pun ciptaan dan suruhan Allah itu sia-sia malahan setiap ciptaan Allah itu mempunyai kelebihan-kelebihan yang selalunya tidak terjangkal oleh akal manusia. 
keajaiban-sujud.jpg (720×542)
Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk :
1) Sujud fizikal sepertimana ketika bersolat.
2) Sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah dan menjauhi larangannya.


Apa yang ditekankan disini adalah sujud fizikal.
Ulamak mengatakan sujud ketika solat adalah waktu yang paling hampir antara kita dengan Allah S.W.T iaitu dengan mengalakkan kita bersujud lama. Dari segi ilmu perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migraine,menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran seterusnya menguatkan mentaliti kita


Menurut DR. MOHD OSMAN NASIR, hikmah sujud antara lain ialah:
1) Melegakan sistem pernafasan (relieved congestion for breathing).


2) Mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.


3) Bernafas ketika sujud akan:


a) Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.


b) Membetulkan pundi peranakkan yang jatuh (prolapsed uterus / fallenbandwomb)


c) Melegakan sakit hernia.



d) Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.


e) Melegakan bahagian paru-paru dari ketegangan (high parts of the lung)


f) Mengurangkan kesakitan pada pesakit APPENDIKS @SPLEEN (limpa)


g) Kedudukan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbang lingkungan 
bahagian belakang tubuh.


h) Meringankan bahagian PELVIS


i) Memberi dorongan untuk mudah tidur.


j) Mengerakkan otot bahu, dada, leher, perut, punggung ketika akan sujud dan 
bangun darinya.


k) Gerakan otot-otot itu menjadikannya (otot) lebih kuat dan elastik, secara 
otomatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik (smooth blood 
circulation).


l) Bagi wanita, gerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar dari sakit buah dada.


m) Mengurangkan kegemukan (obesity).


n) Gerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah 
kembali ke tempat asal serta terhindar dari sakit bergelombang perut convulsions).


o) Otak manusia (organ terpenting) menerima banyak bekalan darah dan oksigen.


p) Kesan psikologi adalah dengan merasa rendah diri di hadapan Pencipta, sifat sombong, riak, takabur dapat dikikiskan.


q) Mengelakkan pendarahan otak jika kita tiba-tiba menerima pompa darah ke otak secara kuat dan mengejut terhindarlah penyakit seperti APOPLEXIA RUPTURE OF BLOOD VESSELS DAN ARTE IOSECLEROSIS OF CEREBRUM.


r) Kesan sujud seperti yang diakui fahaman agama lain umpama SIKH di PUNJAB, BUDDHA mengamalkan YOGA yang sujudnya hampir sama dengan cara sujud Islam.


Thursday, April 12, 2012

Sebab Jin suka Merasuk Wanita~



Jin-Dalam-Al-Quran-dan-Hadis.jpg (640×480)
WANITA suka bersolek dan gemar berpakaian mendedahkan aurat sasaran utama golongan jin untuk dipikat. 

Salah seorang imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, Ustaz Ahmad Dasuki 

Abd Rani berkata, dalam setiap tubuh manusia ada jin dan makhluk halus itu sentiasa berusaha 

mempengaruhi kita mengikut telunjuk mereka. 

Pendakwah bebas lulusan Universiti Al-Azhar itu berkata, ramai manusia tidak menyedari tindak-tanduk 

mereka sentiasa menjadi perhatian jin. 

Jin sebenarnya suka memikat manusia, terutama wanita yang suka bersolek dan gemar berpakaian 

mendedah aurat," katanya ketika membentangkan kertas kerja berkaitan peranan jin di Masjid Kota 

Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini. 

Menurut Ustaz Dasuki lagi, jin tidak akan datang mengacau seseorang itu melainkan ia sudah terpikat. 

"Bila sudah berkenan, jin akan berusaha memasuki tubuh orang yang dia suka dan terus bersarang di 

dalamnya,?tambahnya. 

Lazimnya, kata beliau, jin memilih manusia yang lemah semangat dan tidak mempunyai pendinding diri 

untuk dipikat. 

"Manusia yang sudah lupa Allah dan menjauhi al Quran tidak lagi mempunyai pendinding diri dan sebab itu 

mudah dipengaruhi jin," tambahnya. 

Manurut Ustaz Dasuki lagi, jin menyusup masuk ke dalam tubuh manusia dengan berbagai cara, antaranya 

diminta manusia sendiri sama ada sedar atau tidak. Lebih malang lagi, katanya, manusia sendiri 

menggunakan khidmat jin sebagai khadamnya untuk melakukan pengkhianatan kepada orang lain. 

Ustaz Dasuki menyatakan 18 sebab jin merasuk manusia, iaitu: 

1. Apabila manusia meringankan solat dan tidak mentaati perintah Allah

 
2. Terdapat alat muzik atau alat melalaikan didalam rumah
 
3. Meninggikan suara dalam bilik air
 
4. Menangis dan merintih sebelum tidur 

5. Membuang air panas ke dalam bilik air
 
6. Melompat tinggi tanpa membaca Bismillah
 
7. Memasuki tempat gelap yang ditinggalkan
 
8. Perasaan terlalu takut dan terlampau gembira, seperti ketawa 
berlebihan 

9. Selalu bertengkar suami isteri
 
10. Terlampau marah
 
11. Mengikut hawa nafsu
 
12. Terdapat gambar lukisan manusia dan anjing di dalam rumah
 
13. Terdapat lambang salib pada lantai, sejadah atau langsir
 
14. Menghadiri majlis yang melekakan tanpa menyebut kalimah Allah
 
15. Perempuan suka bersolek
 
16. Berlaku sihir perjanjian di antara jin dan tukang sihir 

17. Jin jatuh cinta pada manusia 

18. Suka membaca buku cerita hantu dan buku berunsur sihir. 

Beliau juga memberikan beberapa tanda manusia dirasuk jin, antaranya sukar tidur malam, 

hati berdebar-debar terutama pada waktu senja atau perasaan resah tidak menentu. 

Mimpi berulang mengenai perkara yang menakutkan seperti melihat anjing hitam, kucing, 

ular, manusia pelik, dibawa ke kubur atau diusung ke tempat mengerikan juga dikaitkan 

dengan gangguan jin. 

Selesema berpanjangan juga dikaitkan dengan gangguan makhluk halus selain malas 

berzikir dan solat,?katanya. 

Selain itu, manusia dirasuk jin merasa sakit pada sesetengah anggotanya tapi sukar dikesan 

oleh doktor. 

Lain lain tanda ialah pening berpanjangan terutama pada waktu senja, otak lemah, tidak 

sedar diri serta telinga berdesing atau mendengar kata-kata suruhan tertentu

Friday, January 27, 2012

~ALLAH is Watching ^-^

http://profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/276610_145874775487468_5804676_n.jpg
 http://27.media.tumblr.com/tumblr_lhhcqxHmiJ1qhphkho1_500.jpg
There's not a secret you can hide
There's not a way you can lie.

You think you can skip prayers..
They say: who cares?.

You listen to songs
But oh how you are wrong.

You seem so happy
But inside your head
You're full of dread.

Yes, Allah is Watching.
Do you know it is all written?
Nothing you are gettin'

It seems you're full of regret
You sweat as there is some threat

It's time for you to ask for forgiveness
You are a false witness.

Allah is all Merciful.
Does Allah not know what you do?
What you hide?

There is time for forgiveness
Until the soul reaches the throat
It is the word that Allah write.

So ask for mercy
Bow down to your Lord
You will surely cry
Many tears in your eyes

Then Allah does bless you
For He is oft-Forgiving and oft-Merciiful.

Do you then realize..
That all this time..
You are doing a great crime?

And that Allah knows
 
because...

ALLAH IS WATCHING...
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEibM1AgdvSj5ifQXOGo1FF5oIFy73oXLwH_HqGsfBTb7e6Fhuf-ERaR48VFarLfp6uS_6ZcmDJ759crrw5gwm1I163IEqYHA-uOh2aJHzYn_fiRNIp_cNKFU_i0aymULH7OxJciOw/s240/Allah+is+watching+over+you.jpg 

Sunday, November 13, 2011

NASIHAT IMAM HASSAN ALBANA ~renungan bersama~

    • Wahai kawanku, Segeralah tunaikan solat di awal waktu. Dikala mendengar azan.Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan Di situ ada sumber pertolongan. Di situ ada sumber taufiq. Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran. ... dimulakan dengan menyebut solat di awalnya.Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat... Juga di medan perang. Walaupun... Di saat genting dan cemas. 
    • https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhMphwrQDseNOZqnPx7XLpXEHfiUsZgbMMz9cXxv2DPrjTpZj8t_OV-4IYq1KqHEuRpzAKAGVECP7d0HGTuuNCIeirjLzznLk8e5Fvs-Lk5G8fkTMG5mzBkNRS4akE9vl2BrUPBFQ/s1600/solat+malam.jpg
    • Wahai kawanku, Bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya. Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit. Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan. Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu. Sumber hidayah kepada anda dan saya.Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat. Sentiasalah membaca, menghafal dan... Cuba hayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir!!! Di sini ada ketenteraman Di sini ada kedamaian. Di sini ada kesalaman Jadilah hamba yang sejahtera. 
    • http://www.harian-metro-online.com/wp-content/uploads/2011/08/quran1.jpg
    • Wahai kawanku, Dorongkanlah diri untuk menguasai Bahasa al-Quran Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan Sebenarnya anda telah lama bermula Iaitu sejak anda solat setiap hari Sebut dulu walaupun tak faham. Antara mala petaka pertama menimpa umat kita... Ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Juga mengutamakan bahasa pasar, Ayuh !!! Apa tunggu lagi Bukalah ruang walaupun seminit !!! 
    • https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiXnTA0ATgcw1JrkvTPc8_RXGjg_Fkmmz90jblyOtyyf1M9xYw6WW6DoFPQQOpO_j-1e1e6sY0ISwtfrVuQRPNK7Cb_m3Ce7tiDhZbbFj2kvQw2sqfKt6oJS2lAvRSsgp7z93ZB/s320/3.jpg
    • Wahai kawanku, Usahlah bertarung idea tanpa adabnya!!! Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan Awasilah pertengkaran Kerana di sana ada unsur lain membisikkan? Syaitannnn namanya !!! 

    • Wahai kawanku, Senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa !!! Rasulullah s.a.w adalah yang paling banyak senyum Beliau ketawa kena pada tempatnya Tapi berpada-pada sahaja, wahai kawan ! Plato juga berharap agar pementasan hiburan... Yang tidak bermutu terlalu banyak ketawa bodoh Hanyalah disaksikan oleh golongan abdi Dan orang upahan asing! Begitu juga Aristotle berpendapat Supaya golongan belia ditegah daripada menyaksikan hiburan-hiburan yang membolehkan perbuatan ketawa berlebih-lebihan. supaya tidak menular. Keburukan dalam diri!!!
    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgWnNV-TY56QQNfAW1_Thf_lmTV4bg2rAG3GNx55BzxhLx84PtZvnB3rA6pw6OOg906vngP2g88sjyeO2RdPpA7pDcKRd7iRvUIXAnrPVEl2fgx_dmNv3sEmke7e6ZZGgWzNQdndQ/s1600/senyum1.jpg
    • Wahai kawanku, Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan. Tanpa serius, hilanglah kesungguhan !!! Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan. Kata seorang penyair : Berikan kerehatan pada jiwamu Yang sibuk dengan berfikir Ubati dengan bergurau Tapi, Kalau mengubatinya dengan bergurau Mestilah dalam batas Seperti kau masukkan garam ke dalam gulai.
    • Wahai kawanku, Kawallah nada suaramu. Setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu Janganlah jadi seperti orang bodoh. Bahkan menyakit hati orang lain pula!!! Luqman El-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara keldai!!! Surah al-Isra' memberi tip kepada kita... Jangan keraskan suaramu dalam solat Tapi jangan pula merendahkannya Carilah jalan tengah di antara keduanya. 

    • Wahai kawanku, Usahlah umpat mengumpat.Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain. Bercakaplah jika ada unsur kebajikan. Hindarilah... mengumpat! Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah lain!!! Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama. Sukakah anda memakan daging pasti anda suka!! Tapi sukakah anda memakan daging kawan anda yang telah mati?? Sekali-kali tidak!!! Begitulah dosa orang yang mengumpat. Bertaubatlah jika anda mengumpat Tapi mesti minta ampun terhadap orang umpatanmu bersama!!! Boleh mengumpat... apabila ada tujuan syarie. -untuk menuntut keadilan apabila dizalimi -untuk menghapuskan kemungkaran -kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan -kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.
    • Wahai kawanku, Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia Sekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian!!! Salam kasih sayang adalah untuk semua Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan... ! Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa datang berkunjung!!! Pelbagai lapisan datang berkunjung!!! Pelbagai darjat datang berkunjung!!! Sama-sama menjunjung obor suci Tidak mengenali tapi tak sepi.
    • Wahai kawanku, Maksimumkanlah faedah waktu anda dan Tolonglah orang lain supaya manfaatkan masa. Hadkanlah masa penunaiannya. Biasakan hidup berjadual di hadapan. Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda! Bersegeralah, kerana... Sabda Nabi s.a.w bermaksud : ;Bertindak segeralah melakukan amal... ; (Diulang 7 kali..) Sayanglah masa saudaramu!!! Hormatilah waktu mereka!!! Usahlah berbicara meleret-leret... Tanpa haluan dan noktahnya. wassalam

Friday, April 29, 2011

ALLAH lebih Mengetahui.....






assalamualaikum dan salam sejahtera


alhamdulillah..4 paper telah berjaya dilepasi dengan jayanya...walaupun terdpt beberapa kecuaian yang dilakukan..astaghfirullah...banyak sgt mikir..jadi gitu la hehe

tinggal 1 paper lagi 3hb nie...pastu mmg rasa nk cabut balik terusla..uwaaa rindu mama n bapak dh nie..huk2..aippss..tapi ALLAH dh pesan jgn mntk sok berlalu cepat...just terima perjalann masa nie..sbb walauapapun kita akan tetap harungi jugak sok insyaALLAH JIKA Umur panjangla kan..

so, sekarang kena teruskan perjuangan tuk paper last nie..kena pulun la..bg bleh skor skt..kena usaha kalau x mcm mana ALLAH nak makbulkan doa kita..bkn takat dgn doa ja..diri sndiri pon kena usaha gak..hehe


tapi part pling best bila kol bapak aritu la..mmg skt g nak teriak xtaula..rasa takot plak nk jwb paper tu..sgt la BERDebar2 haa..apapon mak ngan bapak akan sentiasa doakan kebahagiaan kita semua =))))

dapat donload lagu hijjaz..lama dh x dgr lagu depa nie..zaman maahad dl xpenah lekang dr telinga nie ha...jom2 rewind balik lagu2 hijjaz dl hehe


meh layan lagu hijjaz ~~sifat mahmudah~~ moga dpt diambil pengajarn...

:::::::::::::::::::::

NAK REZEKI MURAH TAK?

LINKAGE~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...