Pages

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, July 10, 2013

~SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA 1434H~

~Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah..arini ari kedua umat Islam menjalani ibadah puasa pada tahun ini...
Alhamdulillah jugak kerana d beri kesempatan oleh ALLAH untuk menjlani ibadah puasa bersama suami tercinta, dan jugak baby dlm perut ni...murah rezki baby tahun ni....aritu dpt ikut p umrah....subhanallah cantik perancangan Allah ini...yg pling best mestila sbb dpt posa penuh thn ni =) mcm tu pun kira ka? hehe

Kekok plak rasa dh berbulan2 x update blog ni...dgn kekangan masa...intenet yg kdg ada kdg xdak...jadi xdak mood sgt dh...bermacam ujian dan dugaan yg Allah bg kat kita nk bg kita tgk yg khidupan kita ni hanya sementara....dugaan yg ALLAH bg kepada Syria dan Mesir jugak dikira sbg slh satu ujian utk menilai dan melihat betapa teguhnya keimanan, kesatuan, ketakwaan mereka pada Allah..sesungguhnya mereka adalah golongan umat yg terpilih...kerana mereka sgt kuat dan bersatu...dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yg kita x ketahui....Allah adalah sebaik2 perancang dan juga penolong...sama2 la kita berdoa agar umat Islam d sana diberi kekuatan dan smgt yg jitu dlm menegakkan keadilan. 

so arini punya update kita kongsi2 la amalan2 sunat yg bleh dipraktikkan dlm bulan ini...smoga bulan Ramadhan kali ni lebih baik dr sebelumnya. InsyaALLAH...

Smga segala amalan kita dlm bulan ni x sia2 dan diterima oleh Allah...amiin




tips berpuasa bg ibu mengandung pun ada jugak nie =)


antara makanan yang terbaik buat ibu hamil yang berbuka puasa::~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

~ambil 3 biji kurma dan jus (bagus untuk menormalkan semula tahap gula yang rendah dalam darah).

~susu atau yogurt yang rendah lemak.

~sup yang jernih atau ada sedikit ayam dan daging.

~ambil sepinggan salad atau ulam sebagai hidangan pembuka selera.

~protein daripada ayam,daging atau ikan,lentil,kacang pis atau kekacang.

~boleh juga ambil karbohidrat kompleks daripada nasi beras perang dan roti bijiran penuh dan yang penting banyakkan sayuran.

****elakkan hidangan berlemak tinggi untuk mencegah pertambahan berat,pengambilan makanan kurang berkhasiat dan mengalami ketakcernaan.******


bersahur penting bagi ibu hamil 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

bersahur sangat penting jika anda berpuasa.ia akan mengekalkan tahap tenaga anda pada waktu siang.jadi jangan tinggalkan sahur kerana ia dapat membekalkan anda nutrien2 penting dan tenaga yang anda perlukan untuk kekal cergas pada waktu siang.ia juga akan mengurangkan simptom2 kelaparan seperti sakit kepala dan mengantuk.


No comments:

NAK REZEKI MURAH TAK?

LINKAGE~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...