Pages

Daisypath Anniversary tickers

Monday, April 30, 2012

~SLMT HARI PEKERJA smua~ =)

haripekerja+1.jpg (468×332)

~history of International Workers Day~

International Workers' Day (also known as May Day) is a celebration of the international labour movement and left-wing movements. It commonly sees organized street demonstrations and marches by working people and their labour unions throughout most of the world. May 1 is a national holiday in more than 80 countries. It is also celebrated unofficially in many other countries.

~sebagai satu penghargaan la utk smua pekerja2 sektor kerajaan or swasta....tnpa pekerja2 nie..x bergerakla ekonomi kita...tnpa pekerja2 ni xdakla kerjanya hehe~ bleh plak mcm tu...

so...take time n have rest for today~
labor+day.png (400×283)
12.jpg (320×264)

~Doa utk IBU tercinta ^-^

577596_205322206249317_167627843352087_334539_1494729466_n.jpg (480×480)



Saturday, April 21, 2012

~Ujian Sakit dari Allah~

bismillahirrahmanirrahim__1245780806.jpg (600×200)
ujian.jpg (500×295)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dalam sebuah hadis riwayat Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma:


Maksudnya: Ada dua (jenis) nikmat yang kebanyakkan orang terlalai olehnya, iaitu kesihatan dan waktu lapang (senggang).

(Hadis riwayat al-Bukhari)


Doa36.jpg (400×290)
~Assalamualaikum semua~

Alhamdulillah panjatkan syukur kpd Allah s.w.t kerana mengurniakan 2 nikmat yg ckp indah kpd kita iaitu sihat dan masa lapang...Alhamdulillah kerana masih mmberi kesihatan dan masa sejenak utk berfikir...dan Alhamdulillah masa lapang itu x berlalu dgn sia2...

balik umah minggu lepas..mak sy pon tgh sakit lutut...lenguh2 yg berpanjangan...dalam 3 bulan gakla tu...jln pon terhenjut2..
bapak pulak terkena batuk3 lagi...batuk2 berpjgn...ujian yg x henti3 d beri...

Walau apapon kita kena redha dan bersyukur krn sakit tu ujian dr Allah..nk tgk jauh mn kita brsbr dan berikhtiar d samping pohon kepada ALLAH utk kesembuhan...dan keampunan..

tambah pulak...En.MMA sy pon sakit kaki lg skrg nie..masalah urat..samala mcm mak tu...urat bersimpul2...tu pun brlarutan gak...

ya ALLAH...KAU BERIKANLAH KESEMBUHAN KEPADA HAMBA2 MU INI YA ALLAH... 

Ada hikmah d sebalik sakit2 ni...Allah sgt2 menyayangi kalian =)

jom baca sedikit mengenai sakit...


1. Sakit Merupakan Salah Satu Bentuk Ujian

Allah Ta‘ala dalam firmanNya telah menyatakan bahawa ujian, cubaan dan dugaan itu datang dalam pelbagai bentuk:

Tafsirnya: Dan kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.

(Surah al-Anbiya’: ayat 35)
Firman Nya lagi:
Tafsirnya: Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.

(Surah al-Baqarah: ayat 155)

2. Sebagai Kaffarah (Penebus Dosa)
Allah Ta‘ala menjadikan cubaan dan ujian di dunia ini, samada dalam bentuk sakit, dukacita, kesedihan atau selainnya adalah salah satu cara untuk menghapuskan dosa seseorang itu. Adapun setelah menerima pembalasan di dunia, maka pembalasan itu adalah kaffarah, iaitu penebus bagi dosa tersebut. Terdapat banyak hadis yang menyatakan perkara ini dan antaranya ialah:
  • Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhumengatakan apabila diturunkan ayat 123 dari Surah an-Nisaa’ di atas, kami (orang-orang Islam) merasa sangat sedih. Lalu BagindaShallallahu ‘alaihi wasallam pun bersabda:
Maksudnya: Bersederhanalah (jangan terlalu berlebih-lebihan atau terlalu lalai) dan berusahalah melakukan (perkara) yang benar. Maka pada setiap musibah yang menimpa seorang muslim merupakan suatu kaffarah. Sekalipun (musibah itu berupa) bencana yang menimpanya atau duri yang menyucuknya.
(Hadis riwayat Muslim)
Antara bentuk musibah yang dimaksudkan dalam hadis di atas adalah seperti seseorang terjatuh atau terhantuk kakinya yang menyebabkan jari-jari kakinya sakit atau cedera.
  • Hadis yang diriwayatkan daripada Abu HurairahRadhiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya“Seorang muslim itu tidak ditimpa sesesuatu dari keletihan, penyakit, masalah (kebingungan), kesedihan (kerana kehilangan sesuatu), kesengsaraan dan duka cita sehinggakan (kepada) duri yang menusuknya (menyakitinya), kecuali Allah menghapuskan (mengampunkan) dengan semua itu daripada dosa-dosanya.”
(Hadis riwayat al-Bukhari)
  • Dalam hadis yang lain pula:
Maksudnya“Sesungguhnya seorang mukmin itu jika ditimpa penyakit, kemudian disembuhkan oleh Allah daripadanya (penyakit tersebut), maka ia (penyakit itu) menjadi kaffarah bagi dosa-dosanya yang telah lalu dan menjadi peringatan baginya untuk masa depannya. Sedang seorang munafik, apabila dia sakit lalu disembuhkan, maka dia seperti unta yang ditambat oleh pemiliknya, lalu mereka melepaskannya. Dia (orang munafik itu) tidak tahu mengapa dia ditambat dan dia tidak tahu mengapa dia dilepaskan.”
(Hadis riwayat Abu Daud)
Maka seorang mukmin apabila sembuh dari sakitnya, akan menjadikan sakitnya itu sebagai peringatan dan dia mengetahui bahawa penyakitnya itu adalah akibat atau balasan dari dosa-dosanya yang telah lalu. Kemudian dia menjadikannya sebagai iktibar dan pengajaran. Dia tidak akan mengulangi perbuatan dosa yang telah dilakukannya. Maka ujian sakit itu seterusnya menghapuskan dosanya sebagai kaffarah.
Berlainan orang munafik, apabila ditimpa penyakit dia tidak menjadikannya sebagai peringatan dan dia tidak pula bertaubat. Bahkan sakitnya itu tidak memberi faedah pada dirinya samada di masa yang lalu atau masa yang akan datang.
3. Diberikan Ganjaran
Para Rasul dan Nabi adalah ma‘shum (terpelihara daripada melakukan segala jenis dosa). Maka antara sebab mereka ditimpa dengan ujian sakit bukanlah sebagai balasan dari dosa yang dilakukan, akan tetapi untuk meninggikan lagi martabat dan kedudukan mereka.
Imam an-Nawawi Rahimahullah seterusnya menerangkan bahawa ulama berkata: “Hikmah para nabi lebih berat ditimpa dugaan, kemudian mereka yang di bawah taraf para nabi dan seterusnya mereka yang di bawahnya lagi, adalah kerana mereka telah dikhususkan dengan kesabaran yang sempurna, ketelusan penyerahan diri kepada Allah dan dengan pengetahuan bahawa semua itu adalah nikmat daripada Allah Ta‘ala untuk disempurnakan bagi mereka kebaikan yang selayaknya, menggandakan bagi mereka ganjaran pahala dan (bagi mereka) menzahirkan kesabaran dan keredhaan mereka.”
Adapun bagi seorang mukmin, perkara yang sama juga boleh dicapai. Ini berdasarkan beberapa hadis RasulullahShallallahu ‘alaihi wasallam antaranya ialah:
  • Hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallambersabda:

Maksudnya“Tiadalah seseorang mukmin yang tertusuk duri atau lebih dari itu melainkan Allah mengangkat satu darjat (dengan tertusuk duri itu) atau menghapuskan daripadanya satu kesalahan.”
(Hadis riwayat Muslim)
  • Dalam sebuah hadis qudsi daripada Abu HurairahRadhiallahu ‘ahnu yang dimarfu‘kan kepada Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam:
Maksudnya“Allah Azza wajalla berfirman: “Sesiapa yang Aku hilangkan kedua matanya lalu dia sabar dan mengharapkan pahala, nescaya Aku tidak suka baginya pahala selain syurga.
(Hadis riwayat at-Tirmidzi)
  • Dalam satu riwayat daripada Abu HurairahRadhiallahu ‘anhu bahawa seorang perempuan telah mengadu kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam mengenai penyakit yang dideritainya. Menurut hadis tersebut, perempuan itu akhirnya memilih untuk bersabar sahaja dengan keadaanya agar dia memperolehi ganjaran yang lebih besar dengan bersabar. Perempuan itu berkata:
Maksudnya“Wahai Rasulullah! Berdoalah kepada Allah agar menyembuhkanku.”
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Jika engkau mahu, aku akan berdoa kepada Allah bagimu, maka Allah akan menyembuhkanmu. Dan jika engkau mahu, maka bersabarlah dan (semoga) tiada hisab ke atasmu.”
Perempuan itu pun berkata: “Pasti aku akan (memilih untuk) bersabar dan (semoga) tiada hisab ke atasku.”
(Hadis riwayat Ibnu Hibban)

sakit_ujian_allah.jpg (308×320)

~Rahsia d dalam Sujud~

394918_310314939002934_296642493703512_1004393_1837602649_n.jpg (960×720)

Kadangkala mungkin kita akan merasa kurang selesa sekiranya imam sujud terlalu lama, tetapi tahukah kita bahawa disana ada rahsia 1000 hikmah yang tersembunyi dari sujud yang sering kita lakukan.


Begitu juga perlu kita sedar bahawa tidak ada sesuatu pun ciptaan dan suruhan Allah itu sia-sia malahan setiap ciptaan Allah itu mempunyai kelebihan-kelebihan yang selalunya tidak terjangkal oleh akal manusia. 
keajaiban-sujud.jpg (720×542)
Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk :
1) Sujud fizikal sepertimana ketika bersolat.
2) Sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah dan menjauhi larangannya.


Apa yang ditekankan disini adalah sujud fizikal.
Ulamak mengatakan sujud ketika solat adalah waktu yang paling hampir antara kita dengan Allah S.W.T iaitu dengan mengalakkan kita bersujud lama. Dari segi ilmu perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migraine,menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran seterusnya menguatkan mentaliti kita


Menurut DR. MOHD OSMAN NASIR, hikmah sujud antara lain ialah:
1) Melegakan sistem pernafasan (relieved congestion for breathing).


2) Mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.


3) Bernafas ketika sujud akan:


a) Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.


b) Membetulkan pundi peranakkan yang jatuh (prolapsed uterus / fallenbandwomb)


c) Melegakan sakit hernia.



d) Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.


e) Melegakan bahagian paru-paru dari ketegangan (high parts of the lung)


f) Mengurangkan kesakitan pada pesakit APPENDIKS @SPLEEN (limpa)


g) Kedudukan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbang lingkungan 
bahagian belakang tubuh.


h) Meringankan bahagian PELVIS


i) Memberi dorongan untuk mudah tidur.


j) Mengerakkan otot bahu, dada, leher, perut, punggung ketika akan sujud dan 
bangun darinya.


k) Gerakan otot-otot itu menjadikannya (otot) lebih kuat dan elastik, secara 
otomatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik (smooth blood 
circulation).


l) Bagi wanita, gerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar dari sakit buah dada.


m) Mengurangkan kegemukan (obesity).


n) Gerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah 
kembali ke tempat asal serta terhindar dari sakit bergelombang perut convulsions).


o) Otak manusia (organ terpenting) menerima banyak bekalan darah dan oksigen.


p) Kesan psikologi adalah dengan merasa rendah diri di hadapan Pencipta, sifat sombong, riak, takabur dapat dikikiskan.


q) Mengelakkan pendarahan otak jika kita tiba-tiba menerima pompa darah ke otak secara kuat dan mengejut terhindarlah penyakit seperti APOPLEXIA RUPTURE OF BLOOD VESSELS DAN ARTE IOSECLEROSIS OF CEREBRUM.


r) Kesan sujud seperti yang diakui fahaman agama lain umpama SIKH di PUNJAB, BUDDHA mengamalkan YOGA yang sujudnya hampir sama dengan cara sujud Islam.


~Makanan Sunnah Nabi Muhammad S.A.W~

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup
barli1.jpg (800×600)

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan
kurma.jpg (475×308)

3.
Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.
buah_tin.jpg (400×300)

4.
Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah , menguatkan buah pinggang , membersihkan perut
anggur.jpg (320×320)

5.
Madu – Ia adalah makanan segala makanan , minuman segala minuman , ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas , membuka selera , menguatkan perut , membuang kahak . Baik diminum waktu pagi dengan air suam.
madu.jpg (413×310)
6
. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung yang mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karakter dan wajahnya.
tembikai1.jpg (500×339) 
7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang , memperbaiki otak , memperbaharui pandangan mata , membuang kelupaan.
susu.jpg (352×341) 
8. Cendawan – Baik untuk mata , perancang keluarga .

cendawan-tiram-kelabu.jpg (320×240) 
9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan , merawat radang perut.
minyak-zaitun2.jpg (595×953)
10. Buah Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan dan bisikan syaitan selama 40 hari.

buah+delima.jpg (424×283)
11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular ketika ini di restoran-restoran itali)
vinegar_325.jpg (325×445) 

12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah di sedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati

minumair.jpg (425×315)

Thursday, April 12, 2012

Sebab Jin suka Merasuk Wanita~



Jin-Dalam-Al-Quran-dan-Hadis.jpg (640×480)
WANITA suka bersolek dan gemar berpakaian mendedahkan aurat sasaran utama golongan jin untuk dipikat. 

Salah seorang imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, Ustaz Ahmad Dasuki 

Abd Rani berkata, dalam setiap tubuh manusia ada jin dan makhluk halus itu sentiasa berusaha 

mempengaruhi kita mengikut telunjuk mereka. 

Pendakwah bebas lulusan Universiti Al-Azhar itu berkata, ramai manusia tidak menyedari tindak-tanduk 

mereka sentiasa menjadi perhatian jin. 

Jin sebenarnya suka memikat manusia, terutama wanita yang suka bersolek dan gemar berpakaian 

mendedah aurat," katanya ketika membentangkan kertas kerja berkaitan peranan jin di Masjid Kota 

Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini. 

Menurut Ustaz Dasuki lagi, jin tidak akan datang mengacau seseorang itu melainkan ia sudah terpikat. 

"Bila sudah berkenan, jin akan berusaha memasuki tubuh orang yang dia suka dan terus bersarang di 

dalamnya,?tambahnya. 

Lazimnya, kata beliau, jin memilih manusia yang lemah semangat dan tidak mempunyai pendinding diri 

untuk dipikat. 

"Manusia yang sudah lupa Allah dan menjauhi al Quran tidak lagi mempunyai pendinding diri dan sebab itu 

mudah dipengaruhi jin," tambahnya. 

Manurut Ustaz Dasuki lagi, jin menyusup masuk ke dalam tubuh manusia dengan berbagai cara, antaranya 

diminta manusia sendiri sama ada sedar atau tidak. Lebih malang lagi, katanya, manusia sendiri 

menggunakan khidmat jin sebagai khadamnya untuk melakukan pengkhianatan kepada orang lain. 

Ustaz Dasuki menyatakan 18 sebab jin merasuk manusia, iaitu: 

1. Apabila manusia meringankan solat dan tidak mentaati perintah Allah

 
2. Terdapat alat muzik atau alat melalaikan didalam rumah
 
3. Meninggikan suara dalam bilik air
 
4. Menangis dan merintih sebelum tidur 

5. Membuang air panas ke dalam bilik air
 
6. Melompat tinggi tanpa membaca Bismillah
 
7. Memasuki tempat gelap yang ditinggalkan
 
8. Perasaan terlalu takut dan terlampau gembira, seperti ketawa 
berlebihan 

9. Selalu bertengkar suami isteri
 
10. Terlampau marah
 
11. Mengikut hawa nafsu
 
12. Terdapat gambar lukisan manusia dan anjing di dalam rumah
 
13. Terdapat lambang salib pada lantai, sejadah atau langsir
 
14. Menghadiri majlis yang melekakan tanpa menyebut kalimah Allah
 
15. Perempuan suka bersolek
 
16. Berlaku sihir perjanjian di antara jin dan tukang sihir 

17. Jin jatuh cinta pada manusia 

18. Suka membaca buku cerita hantu dan buku berunsur sihir. 

Beliau juga memberikan beberapa tanda manusia dirasuk jin, antaranya sukar tidur malam, 

hati berdebar-debar terutama pada waktu senja atau perasaan resah tidak menentu. 

Mimpi berulang mengenai perkara yang menakutkan seperti melihat anjing hitam, kucing, 

ular, manusia pelik, dibawa ke kubur atau diusung ke tempat mengerikan juga dikaitkan 

dengan gangguan jin. 

Selesema berpanjangan juga dikaitkan dengan gangguan makhluk halus selain malas 

berzikir dan solat,?katanya. 

Selain itu, manusia dirasuk jin merasa sakit pada sesetengah anggotanya tapi sukar dikesan 

oleh doktor. 

Lain lain tanda ialah pening berpanjangan terutama pada waktu senja, otak lemah, tidak 

sedar diri serta telinga berdesing atau mendengar kata-kata suruhan tertentu

FYP AND JOB HUNTING~~

Assalamualaikum 

Dear all...

Alhamdulillah syukur d pnjtkan kepada ALLAH...segala puji dan puja hanya pada Nya...
Alhamdulillah...d beri kan kesempatan utk menulis dan meneliti apa yg harus di telitikan dan menilai kembali apa yg telah berlaku..moga2 dpt menjadi pengajaran utk kita semua...

Alhamdulillah....atas ujian2 utk di lalui oleh hamba2 Mu ini....Alhamdulillah atas seribu satu nikmat yg dikurniakan pada hamba2 Mu ini...Alhamdulillah.....

Final year project must be finished up soon...the story must have its end...no matter what...
the main problem is how you want to make up the story so that it will become meaningful and happening....
my hope only one...is to finish and end everything as soon as possible...as meaningful as possible...

job hunting..??? really determined to find suitable job now...most of our lecturer care so much on being consultant, do some consulting....make more money with consulting...it seems that our field is not so guaranteed for job...maybe for certain people this issue is nothing..but for us that really eager to find job that is related really hoping to get the best job...insyaALLAH rezeki Allah is everywhere....hope Allah will give me help in making decision..amiin

I m starting to subscribe to all updated on job vacancy in Malaysia...=)
trying is better than do nothing....

beautiful-it-hurts-move-on-nature-quote-quotes-Favim.com-40021.jpg (500×290)
Move-On-Quote_large.jpg (500×500)

NAK REZEKI MURAH TAK?

LINKAGE~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...