Pages

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, March 04, 2012

Graduan tempatan gagal tepati kehendak majikan????

fresh-grads-1.jpg (552×402)


JobPlacement.jpg (347×346)


job-hunt.jpg (308×273)





KUALA LUMPUR: Graduan yang lahir daripada sistem pendidikan Malaysia gagal memenuhi kehendak bakal majikan kerana kekurangan kemahiran berfikir secara kritis dan lemah dalam berkomunikasi. 

Ini menyebabkan majikan perlu menyediakan latihan tambahan untuk menyesuaikan mereka ke dalam skop kerja masing-masing manakala ramai graduan perlu menerima pekerjaan yang tidak sesuai dengan kelayakan mereka.
Perunding pendidikan, sumber manusia dan pengambilan pekerja yang berpangkalan di Malaysia, merasakan terdapat keperluan asas yang kukuh dalam pemikiran kritikal dimasukkan ke dalam sistem pendidikan sebagai usaha menyediakan generasi akan datang untuk pasaran pekerjaan.
Pengurus negara Manpower Staffing Services (M) Sdn Bhd, Sam Haggag berkata terdapat jurang yang ketara antara apa yang dihasilkan sistem pendidikan Malaysia dengan apa yang dicari majikan. 

"Ini menyebabkan enam daripada 10 graduan dari universiti-universiti Malaysia mengambil masa sehingga enam bulan untuk mendapatkan pekerjaan. Sebanyak 40 peratus lagi mengambil masa yang lebih lama lagi," kata Haggag, yang syarikatnya menyediakan penyelesaian tenaga kerja yang termasuk pengambilan dan latihan. 

"Pengambilan adalah satu cabaran yang berbeza memandangkan universiti-universiti mengeluarkan graduan yang tidak mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk memasuki tenaga kerja. Daripada konteks tenaga kerja, kami dapati bahawa tujuh daripada 10 graduan yang datang untuk temuduga pengambilan gagal ujian kecekapan bahasa Inggeris yang ditetapkan oleh pelanggan kami. 

"Kurang penguasaan dalam bahasa Inggeris mengehadkan kebolehan mereka untuk berkomunikasi di luar sempadan Malaysia dan ini mengurangkan keyakinan mereka dan mengurangkan keupayaan mereka untuk menambah nilai di tempat kerja," katanya
Ketua Pegawai Sumber Manusia Hong Leong Bank, Ramon Chelvarajasingam berkata ramai graduan baru yang muncul daripada sistem pendidikan Malaysia tidak mempunyai kemahiran pemikiran kritikal yang diperlukan untuk bersaing dalam dunia yang sentiasa berubah dan menjadi semakin kompetitif. 

"Kaedah dan teknologi-teknologi baharu memaksa orang ramai untuk beroperasi di luar zon selesa mereka. Di negara-negara pesaing kita, profesional muda lebih maju dalam pemikiran kritikal, berinovasi, berfikir di luar kebiasaan dan mempunyai inisiatif pembangunan berterusan berbanding dalam Malaysia," tegasnya. 

Beliau berkata hari ini, kebanyakan majikan mencari graduan dengan tahap keyakinan yang tinggi yang terdedah kepada bidang khusus di luar pengajian akademik mereka. - BERNAMA

No comments:

NAK REZEKI MURAH TAK?

LINKAGE~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...