Pages

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, November 13, 2011

~summary from laporan audit 2010~

1. Pilihanraya umum ke 13 adalah peluang terbaik rakyat bangkit membuat perubahan secara total dengan tidak lagi memberi mandat pemerintahan negara ini kepada UMNO dan BN. Penegasan ini saya kemukakan setelah meneliti Laporan Audit Negara 2010. Ternyata kerajaan UMNO dan BN terlalu banyak mengabaikan amanah yang diberi sehingga memberi kesan negatif kepada pertumbuhan dan kestabilan ekonomi negara.

2. Laporan Audit Negara 2010 membuktikan wujudnya amalan pembaziran dan boros yang terlalu ketara dalam mengurus perbelanjaan wang negara. Amalan boros dan tidak telus dalam pengurusan  bukan sahaja mengurangkan perbendaharaan negara tetapi turut menyumbang kerugian berskala besar kepada syarikat - syarikat GLC dan tentunya ia menyumbang kepada prestasi ekonomi negara.

3. Lebih malang, ianya telah berulang kali dan nasihat Audit Negara hanya dipandang sepi oleh pihak kerajaan. Inilah adalah penyelewengan dan pecah amanah yang tidak boleh dibiarkan berterusan. Namun apa lagi pilihan yang ada pada rakyat setelah melihat kerajaan UMNO dan BN seperti berdegil dan angkuh apabila mereka terus mengamalkan tradisi pemborosan dan pengurusan kewangan yang tidak telus.

4. Pemulihan dan pertumbuhan ekonomi jangan hanya dilihat pada pendapatan yang bakal dijana oleh pelabur atau melalui peningkatan hasil negara semata - mata tetapi juga mestilah melalui satu sistem pengurusan dan kawalan ekonomi yang baik, cekap dan amanah. Tiada ertinya negara memiliki hasil pendapatan yang banyak kemudian dialir keluar dengan boros dan membazir. Negara rugi dan rakyat menderita.

5. Rakyat mesti bangkit membuat perubahan, sekaligus mendidik UMNO dan BN agar rakyat tidak diperlaku seperti binatang ternakan. Melahirkan negara yang maju dan rakyat yang sejahtera, amanah pentadbiran dan mandat pemerintahan tidak lagi boleh diserahkan kepada UMNO dan BN. Meletakkan UMNO dan BN sebagai pemerintah setelah menyaksikan bagaimana ketidaktelusan mereka mengurus ekonomi, maka tindakan itu samalah seperti bidalan anak - anak muda masakini iaitu seperti "memelihara lembu dalam kondominium" dengan maksud meletakkan sesuatu tidak kena pada tempatnya dan tidak juga pada kesesuaiannya.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Lampiran:

Contoh pembaziran, ketidaktelusan dan pengabaian amanah.
Sekilas pandang dari Laporan Audit Negara 2010.

a] RM160.7 JUTA telah diluluskan oleh Kementerian Pelajaran untuk membina 300 makmal komputer yang. Namun, sehingga kini, hanya 2 buah makmal yang siap. Peralatan ICT yang dibekalkan sejak 3 tahun lepas masih belum dapat digunakan dan masih tersimpan akibat makmal yang tidak sempurna.

b] Pembelian alatan yang jauh lebih mahal dari harga tertinggi pasaran.

Laptop dan pencetak dengan RM 11,845 berbanding pasaran RM 3,428 : 246% lebih mahal.

LCD TV dan DVD Player dengan RM 16,100 berbanding pasaran 2,182: 638% lebih mahal.

Radar X-Band dengan RM 47,725 berbanding pasaran RM 8,255 : 478% lebih mahal

Bushnell Binocular dengan RM 56,350 berbanding pasaran RM 2,827 : 1893% lebih mahal

Marine Binocular dengan RM 56,350 berbanding pasaran RM 1,940 : 2 805 % lebih mahal

Walkie-Talkie dengan RM 4,324 berbanding pasaran RM 1,561 : 177% lebih mahal

c] Peralatan yang tidak mengikuti  spesifikasi kontrak :

Enjin bot aluminium : Kontrak enjin 4 stroke RM 11 553, beri enjin 2 stroke RM 6549 : Rugi RM 5396

Peti sejuk : kontrak peti jenis Panasonic RM 1299, beri peti Mitsubishi RM 629 : Rugi RM 670

Dapur : Kontrak dapur Electrolux RM 6955, beri dapur TAIYO RM 2110 : Rugi RM 4855

LCD TV dan DVD Player : Kontrak jenama Toshiba RM 16 100, beri jenama Philips RM 195 : Rugi RM 15 905

GPS : Kontrak jenama SAMYUNG, RM 5080, beri jenama FURONO, RM1055 : Rugi RM 4025

CCTV : Kontrak jenama PARADOX RM5750, beri jenama Belco, RM 640 : Rugi RM 5110

Laptop dan Printer: Kontrak jenama Acer Aspire dan HP CP1518, RM 11 945, beri Acer Travelmate dan Canon Pixma RM 2137 : Rugi RM 9808


d] Majlis Sukan Negara telah membeli 23 ekor kuda baka khas untuk sebuah pertandingan dengan harga RM 5.66 juta. Pembelian ini dibuat secara runding terus tanpa mendapat kelulusan dari Kementerian Kewangan. Namun, 18 ekor darinya tidak melepasi piawaian Federation Equestre International, hanya lima ekor sahaja lulus untuk menyertai pertandingan.


e] Sebanyak RM 110.67 juta insentif tidak berbayar kepada 73 291 orang petani. Ianya disebabkan oleh pengurusan yang tidak telus lagi tidak efektif di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

f] Akibat pengurusan yang kurang efektif, peralatan yang berjumlah RM 64.69 juta masih terbiar dan tidak dapat digunakan sehingga kini. Akibat itu, sejumlah RM 0.44 juta lagi dibazirkan untuk kawal selia dan insurans bagi menyimpan peralatan tersebut.

SYARIKAT GLC

1. Bayaran Dividen Kepada Kerajaan

Lebih 50% dari syarikat GLC yang tersenarai tidak membayar dividen seperti yang dijadulkan. Daripada 21 syarikat GLC yang mendapat keuntungan RM 264.94 billion sebelum cukai, hanya 10 syarikat sahaja yang membayar dividen setiap tahun kepada kerajaan. Baki 11 lagi hanya membayar pada tahun tertentu sahaja.

2. Nisbah Hutang Ke Atas Ekuiti Negatif

Terdapat syarikat yang mempunyai nisbah hutang ke atas ekuiti negatif selama tiga tahun berturut-turut berpunca dari kebergantungan mereka yang sangat tinggi terhadap hutang. Syarikat tersebut seperti Keda Aquaculture sdn bhd, Kumpulan Modal Perdana, Sepang Internation Circuit, Indah Water Konsortium, Syarikat Perumahan Negara, Perwaja Terengganu, Composites Technology Research Malaysia, Keretapi Tanah Melayu dan Assets Global Network.

3. Penurunan Pendapatan

Yang tersenarai, lapan Syarikat GLC yang mengalami penurunan pendapatan selama tiga tahun berturut-turut. Jumlah penurunan terakhir 2009 ialah RM 26.3 billion.

4. Kerugian

Mendahului senarai Syarikat GLC yang mengalami kerugian ialah, Syarikat Prasarana Negara, Kertapi Tanah Melayu, Assest Global Network dan Indah Water Konsortium. Jumlah kerugian ialah RM 630.45 Juta.

No comments:

NAK REZEKI MURAH TAK?

LINKAGE~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email