~ASSALAMUALAIKUM~
Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH TAALA kerana dgn limpah rhmatNYA mmbenarkan ak mengikuti kursus kawin kat auditorium PPUKM...byk ilmu dan pengalaman yg ak dpt ari ni...speaker pon best2...yg awai2 td ust dr jakim...okla..mnarik ulasan dia ~wlopon ada slingan yg ehem2 gak..tp bleh bt kita x mengantuk n ingt lama...hehe
bersempena dgn 1 muharram sok nie....marilah kita sama2 muhasabah diri dan perbaiki diri..moga jd insan yg lebih berguna dan bertawadhu'....jgn ada riak dan bongkak....bersederhana dlm apa jua perkara.... moga thn baru ini dpt mmberikan kita sinar harapan dan keampunan dr ALLAH...penuhi hari2 dgn perkara2 kebaikan..insyaALLAH..Hidup kan lebih bermakna dan bahagia...
pesanan ini juga ditujukan utk diriku sendiri agar tidak lalai..alpa dan leka dgn dunia...smua yg ada sekeliling kita 1 pinjaman..hargai sgala yg ada di depan kita sblm ia nya hilang dan tiada...bersyukur slalu atas nikmat, rahmat, bantuan yg diberikan ALLAH....JGN sesekali jauh dr Nya...jgn lupa padanya tika kita senang....
antara kelebihan bulan muharram yg dpt kita kongsi di sini:::
Terdapat beberapa hadis Nabi (saw) yang menganjurkan berpuasa sunat dalam bulan Muharram. Di antaranya seperti dibawah.
Dalam satu riwayat datang seorang lelaki dari Bahilah datang menemui Rasulullah SAW dan bertanya, “Ya Rasulullah, saya adalah lelaki yang datang menemui anda pada tahun pertama” Ujar Nabi SAW, “Kenapa keadaanmu telah jauh berubah padahal dahulunya kelihatan baik? Kata lelaki itu, “Semenjak berpisah dengan anda, saya tidak makan hanyalah di waktu malam” Maka tanya Rasulullah SAW “Kenapa kamu seksa dirimu?” Lalu sabdanya “Berpuasalah pada bulan sabar – yakni bulan Ramadan dan satu hari dari setiap bulan!” Tambahlah buatku kerana saya kuat melakukannya! Ujar lelaki itu. “Berpuasalah dua hari! Sabda Nabi. “Tambahlah lagi!” Mohon lelaki itu pula. Maka Nabi SAW bersabda “Berpuasalah pada bulan-bulan haram, lalu berbukalah! (kemudian diulangi sebanyak tiga kali) sambil mengucapkan itu Nabi SAW memberi isyarat dengan jari-jarinya yang tiga, mula-mula digenggam lalu dilepaskan” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah dan Baihaqi dengan sanad yang baik).
Perkataan “berpuasalah pada bulan-bulan haram” itu adalah merujuk kepada bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab.
Dari Abu Hurairah (ra) berkata, Rasulullah (saw) bersabda yang maksudnya;
“Puasa yang lebih utama selepas puasa Ramadan ialah puasa di bulan Allah al-Muharram, manakala solat yang lebih utama selepas solat fardhu adalah solat malam.” (HR Muslim, Abu Daud, at-Tirmizi, an-Nasa’i dan Ibn Maajah)
Ayat “bulan Allah” menghubungkan nama bulan kepada nama Allah dalam struktur tatabahasa kepunyaan / keakraban bagi membuktikan kepentingan bulan tersebut. Al-Qari (rh) berkata; “Zahir maksud bagi hadis di atas adalah berpuasa pada keseluruhan bulan Muharram”. Namun, telah dibuktikan bahawa Rasulullah (saw) tidak pernah berpuasa sepenuh bulan selain dari Ramadhan. Oleh itu, hadis ini mungkin bertujuan untuk mengalakkan memperbanyakkan puasa dalam bulan Muharram dan bukannya berpuasa pada keseluruhan bulan.
Hal ini diperkuatkan oleh satu hadis Rasulullah (saw) yang bermaksud;
“Berpuasalah sebahagian dari bulan Muharram dan tinggalkanlah dari sebahagian yang lain (diucapkan tiga kali)” (HR Abu Daud dan Nailul Authar)
Selain itu, dalam bulan ini kita disunatkan juga berpuasa pada 9 dan 10 Muharram yang dikenali dengan puasa hari Asyura.
16 perkara yang sunat dilakukan pada hari yang ke 10 Muharram
1. Selepas waktu Asar hari yang ke 9 Muharram
Ambil satu bekas yang berisi air dan dibacakan surah Al-Fatihah sebanyak 7 kali (Ap abi la sampai bacaan kita pada ayat “Iyya kanak budu” kita berdoa di dalam hati tentang hajat kita – terutamanya untuk anak-anak. Kemudian air tersebut disapukan ke muka anak-anak ataupun diberi minum.
2. Puasa sunat pada hari 9 Muharram (Tasua’) dan 10 Muharram (Asaura). Pahalanya adalah seperti 10 ribu kali mengerjakan haji dan 10 ribu kali mengerjakan umrah.
3. Menyapu kepala anak yatim. Caranya ialah dari bahagian belakang kepala ke hadapan. Allah akan mengangkat darjat kita.
4. Memberi makan kepada orang yang berpuasa. Pahalanya adalah sama seperti memberi makan kepada semua umat Muhammad.
5. Mandi sunat. Allah akan menghilangkan penyakit-penyakit/jauhkan dari penyakit.
6. Menziarahi rumah orang alim.
7. Menziarahi orang sakit. Sama seperti kita menziarahi seluruh anak Adam
8. Melebihkan perbelanjaan dari hari biasa/Meluaskan nafkah keluarga.
9. Bercelak mata – Boleh menghindarkan dari sakit mata
10. Menziarahi kaum keluarga
11. Mengerat kuku
12. Membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1 ribu kali. Allah akan memandang dengan belas kasihan.
13. Sembahyang sunat 4 rakaat – 2 salam (2 rakaat x 2). (Sahaja aku sembahyang sunat mutlak 2 rakaat kerana Allah Taala) Baca surah Al-Ikhlas 15 kali bagi 1 rakaat. Allah akan mengampunkan dosa 50 tahun yang lalu
14. Banyakkan bersedekah. Allah akan menggandakan pahala 1 kepada 700.
15. Beri makan/pakaian kepada fakir miskin. Allah akan beri balasan 70 kali ganda semasa di dalam syurga.
16. Berzikir (Hasbi Allahu wanikmalwakil, nikmal maula wanikmalnasir) sebanyak 70 kali

~moga beroleh keredhaan ALLAH~
No comments:
Post a Comment