Pages

Daisypath Anniversary tickers

Friday, January 21, 2011

kelemumur???


dandruff.jpg (400×400)

Ada pendapat yang mengatakan kelemumur adalah masalah kosmetik dan bukannya satu penyakit. Sebenarnya kelemumur hanyalah suatu gangguan psikologi yang boleh dikesan dengan adanya kepingan-kepingan putih pada rambut. Biasanya kelemumur mudah diatasi dengan menggunakan syampu anti kelemumur yang banyak terdapat di pasaran hari ini.

Kitaran Penggantian Sel Kulit Kepala

Kulit manusia terbahagi kepada beberapa lapisan, iaitu:
  • Epidermis- mudah dikenalpasti, bahagian paling atas yang kita lihat.
  • Dermis- Lapisan kedua, terletak di bahagian bawah epidermis
  • Hipodermis- lapisan paling bawah
Lapisan epidermis pada bahagian kulit kepala agak tebal berbanding dengan bahagian kulit pada anggota badan yang lain. Lapisan ini mengeluarkan lebih banyak lembapan dan berminyak. Ini kerana epidermis merupakan lapisan pelindung bahagian kepala. Oleh itu, lapisan ini mengalami penggantian sel pada tempoh kitaran yang tertentu.

Lapisan dermis pula terbahagi kepada beberapa lapisan kecil, yang paling utamanya ialah korneum (lapisan luar) dan basal (lapisan dalam). Proses pembentukan sel-sel baru berlaku pada lapisan basal yang mana apabila berlaku pembahagian sel maka sel baru akan terbentuk. Sel-sel baru yang terbentuk ini kemudiannya akan menolak sel kulit kepala di atasnya ke bahagian permukaan epidermis dan mengalami tempoh matang yang tertentu. Sel yang lama pada permukaan epidermis ini kemudiannya akan mengering, berkeratin dan meleper. Proses penggantian ini akan berhenti apabila sel-sel baru berada di bahagian bawah lapisan sel lama. Sel lama yang mati ini kemudiannya akan terkeluar dengan sendiri secara perlahan-lahan apabila kita menggaru atau mencuci kepala. Dalam keadaan biasa, kitaran penggantian sel baru berlaku antara 25 hingga 28 hari.

Bagaimana Terjadi

Kelemumur terjadi apabila berlaku peningkatan dalam penghasilan sel-sel baru pada lapisan basal, kecepatan penghasilan sel-sel baru berlaku pada setiap tujuh hari. Dengan tempoh masa yang singkat ini sel-sel yang sedia ada tidak sempat matang, akhirnya keluar daripada kulit kepala menjadi serpihan-serpihan putih tanpa proses pengeringan dan terpisah secara semula jadi daripada lapisan epidermis. Serpihan-serpihan putih yang kelihatan ini dikenali sebagai kelemumur.

Pembentukan kelemumur ini mempunyai kaitan dengan proses penggandaan suatu mikroorganisma berbulu yang dikenali sebagai Malassezia furfur yang bertindak sama ada secara langsung atau menerusi lebihan penghasilan minyak, penghasilan bahan pepejal yang membuatkan kulit kepala gatal dan akhirnya mengakibatkan penggandaan proses penggantian sel-sel baru. Mereka yang mengalami masalah kelemumur yang berpanjangan turut mengalami penipisan lapisan epidermis atas dengan mempunyai sebanyak 10 lapisan berbanding 25 hingga 35 pada kulit kepala yang sihat.
Namun ada juga pendapat yang mengatakan kelemumur berpunca daripada faktor genetik yang dipengaruhi oleh hormon androgen. Kelemumur amat jarang berlaku kanak-kanak dan biasanya menyerang orang dewasa sekitar usia 50-an.
Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh satu badan penyelidik sektor pembuatan produk-produk kosmetik, terdapat beberapa faktor yang menjadi penyebab berlakunya kelemumur. Namun yang paling ketara ialah terdapat sejumlah koloni mikroorganisma atau yis yang dikenali sebagai Malassezia furfur atau Pityrosporum ovale. Bentuk Malassezia furfur pada kulit kepala yang sihat adalah seperti flora dan berfungsi sebagai pelindung kepada kulit kepala. Namun, daripada kajian saintis, apabila kelemumur berlaku jumlah mikroorganisma ini turut bertambah dengan banyaknya.
Penghasilan sebum lebih memburukkan lagi keadaan kulit kepala yang diserang kelemumur kerana sebum adalah sumber makanan mikroorganisma Malassezia furfur. Selain itu, terdapat faktor penyebab lain seperti stress, diet yang tidak seimbang dan pertukaran hormon.

Masalah Yang Biasa Tapi Kompleks
Kelemumur merupakan masalah kebanyakan penduduk negara ini. Daripada kajian yang dilakukan mendapati 39 peratus rakyat Malaysia atau dengan kata lain setiap seorang daripada dua orang rakyat negara ini mengalami masalah kelemumur sejak tiga bulan yang lalu! Walaupun kita sedia maklum masalah kelemumur dapat diatasi dengan penggunaan produk-produk tertentu tetapi ia menjadi masalah besar kepada wanita yang takut keguguran rambut yang serius dan masalah kulit yang memalukan berbanding dengan kaum lelaki yang hanya bimbang tentang kehilangan rambut mereka. Hasil kaji selidik mendapati sebanyak 40 peratus masalah kelemumur dihadapi oleh kaum wanita negara ini manakala 37 peratus adalah kaum lelaki. Kebanyakan mereka yang mempunyai masalah kelemumur tidak mengetahui punca kelemumur dengan jelas. Oleh itu pelbagai tanggapan telah dibuat sebagai faktor penyebab. Ada juga yang berpendapat kelemumur terjadi akibat penggunaan pewarna rambut dan ada juga yang menganggap perkongsian sikat rambut merupakan penyebab. Sebenarnya tanggapan ini tidak benar sama sekali!

Kaedah Pengawalan

Kenapa proses penghasilan sel-sel baru menjadi semakin aktif sehingga mengakibatkan berlakunya kelemumur? Pertambahan koloni mikroorganisma Malassezia furfur mengakibatkan kesan gatal pada kulit kepala dan ini menyebabkan berlaku penggandaan yang ketara dalam proses penghasilan sel-sel baru. Manakala faktor-faktor lain termasuklah kelembapan dan minyak yang berlebihan akibat proses pencernaan yang dilakukan oleh mikroorganisma berkenaan.
Namun, tanggapan umum mengatakan kelemumur adalah masalah kosmetik dan boleh diselesaikan dengan menggunakan syampu rumusan khas anti kelemumur untuk mengawal keruping-keruping putih pada kulit kepala.

Terdapat beberapa jenis syampu anti kelemumur yang mengandungi agen-agen pembasmi yang tertentu, antaranya:
· Sitostatik - mengawal secara perlahan-lahan proses pembentukan sel-sel baru kepada tahap normal, tanpa meninggalkan sebarang kesan sampingan yang boleh mengakibatkan pertambahan mikroorganisma Malassezia furfur.
· Keratolitik - bertindak menghapuskan lapisan akhir sel-sel dalam korneal dan mengeluarkan lapisan sel berkenaan. Rawatan ini menggunakan bahan asas sulfur dan asid salikilik.
· Anti mikrob - bertindak mengurangkan jumlah Malassezia furfur dan menghalang 
pertambahannya.

Pengawalan yang paling berkesan di antara ketiga-tiga kaedah itu ialah melalui penggunaan agen anti mikrob. Agen ini mampu bertindak dengan berkesan dalam air. Agen anti mikrob bertindakbalas ketika kita mencuci rambut sehinggalah selepas cucian. Ini kerana agen anti mikrob masih melekat pada kulit kepala walaupun pada bilasan terakhir.
Dewan Kosmik Januari 2001 Ms 32-33








6 comments:

Miecyber said...

Saya membotakkan kepala saya bagi menentang masalah kelumumur ini..Hehehhehe


Dana 1MDB : Q & A

saiyidatul said...

agent anti mikrobe ni contohnye ape?:)

SITI MASTURA said...

miecyber :: btoila tu...botak kpala senang cita..tp kan problemnya dpt kt org pompuan la..hehe

SITI MASTURA said...

saiyidatul ::: mcm2 jenis syampo ada konon bleh hilgkan kelemumur nie..pdhal...mcm xkena gaya ja bila pakaikan,..rasanya kena guna tradisional pnya carala...guna santan hehe

Anonymous said...

If you enjoy playing DotA Games join us and become part of a unit of elite gamers!
Download latest dota version on the [url=http://www.dota-gaming.com/index.php?site=files]Download section[/url]
You can find on our community latest videos about your favorite players

[url=http://www.dota-gaming.com]DotA Gaming Community[/url] [img]http://www.dota-gaming.com/ref/hi.gif[/img]

Anonymous said...

I love mastz04.blogspot.com! Here I always find a lot of helpful information for myself. Thanks you for your work.
Webmaster of http://loveepicentre.com and http://movieszone.eu
Best regards

NAK REZEKI MURAH TAK?

LINKAGE~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email