Pages

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, February 02, 2010

EXAMO CKM500




Harga:
Sem. Malaysia: RM 56.00
Sabah & S'wak: RM 61.00
Brunei DS : BND 39.00
Nama Produk: EXAMO
Isi: 450 Biji
Tempoh Guna: 3 - 12 Bulan
Kesesuaian: Semua peringkat. Istimewa bagi yang sedang belajar dan membuat persiapan untuk menghadapi peperiksaan
Cara Makan:
Dikemam dalam mulut
Bayi(kurang 1 tahun)--1 biji
kanak-kanak(1-7 tahun)-- 2 biji
kanak-kanak(7-14 tahun)-- 3 biji
Dewasa(14 tahun keatas)-- 4 biji

34009_1319053458588_1298323564_30779807_2580932_a.jpg (180×119)

37505_1328394452107_1298323564_30800534_2931452_n.jpg (665×143)

EXAMO-CKM 500 adalah sejenis makanan yang memberikan nutrien untuk saraf bagi memulihkan kesegaran otak. Ia dapat merawat masalah saraf dan mental; takut, cemas, runsing; memberi keyakinan dan membangkitkan semangat. Ia dapat menguatkan daya berfikir dan mencerdaskan akal serta membaiki daya tumpuan; menghapuskan letih lesu, serabut fikiran dan kelesuan otak. EXAMO-CKM 500 juga merupakan makanan berzat mengandungi nutrien biokimia yang menyuburkan otak dengan menggalakkan pertumbuhan ramisaraf aksosomatik dan aksodendritik pada sel neuron otak. Rumusan EXAMO-CKM 500 mengandungi garam tisu biokimia triturat Kalsium Posfat, Kalium Posfat dan Magnesium Posfat dalam juzuk yang tetap. Rencana Ringkas Tindakan EXAMO-CKM 500 Tubuh yang sihat dan bertenaga boleh melakukan pelbagai kerja. Apabila tenaga dibelanjakan, maka kian berkuranglah tenaga itu. Bila mana tenaga berkurangan, timbullah keadaan-keadaan seperti:


  • Lesu



  • Lemah



  • Mengantuk 


  • Sengal otot dan sendi



  • Lapar dan Dahaga



  • Marah - Marah



  • Tidak dapat meneruskan kerja






  • Untuk menghilangkan masalah-masalah tersebut, tenaga perlu dipulihkan.


    BAGAIMANA HENDAK MEMULIHKAN TENAGA? 

    Mengikut kajian ada 3 cara bagi memulihkan tenaga, iaitu: 

    1. Memberi semangat dan perangsang
    2. Beristirahat
    3. Makan dan minum

    Memberi semangat dan perangsang

    Seseorang pelumba lari jarak jauh (Marathon) akan menjadi letih tidak bermaya selepas berlari beberapa kilometer, tetapi apabila diberi perangsang dengan tepukan orang ramai bertambahlah semangat dan kekuatannya untuk meneruskan larian. Demikian juga galakan perangsang yang diberikan oleh penonton dan penyokong kepada satu pasukan bolasepak akan dapat menimbulkan tenaga baru pasukan itu dan meneguhkan semangat juangnya.

    Beristirahat

    Setelah banyak bekerja seseorang akan terasa letih dan tidak bermaya. Dengan cara beristirahat tenaga yang hilang akan dapat dipulihkan. Selepas beristirahat bolehlah ia meneruskan kerja.

    Makan dan minum

    Makan dan minum boleh memulihkan tenaga yang dibelanjakan semasa bekerja. Apa yang harus dimakan? Yang harus dimakan ialah benda-benda yang boleh memberi tenaga seperti gula, nasi, kanji, bubur gandum, teh dan sebagainya.


    DEMIKIAN PULALAH HALNYA DENGAN OTAK

    Otak yang sihat dan bertenaga boleh melakukan kerja seperti berfikir dan mengingat. Bila otak melakukan kerja-kerja ringan seperti membaca, mengira mudah dan menulis, ia cuma melibatkan penggunaan tenaga yang sedikit sahaja. Bila mana pula ia melakukan kerja-kerja berat seperti membuat analisis-analisis, merangka strategi dan sebagainya maka sudah tentulah banyak tenaga yang digunakan. Bila tenaga otak telah digunakan, maka kian berkuranglah tenaga itu. Apabila tenaga itu berkurang, maka timbullah keadaan-keadaan seperti:

    -Perasaan gementar, cemas dan bimbang
    - Bersifat pesimis dan bersikap negatif 
    - Kurang keyakinan terhadap diri sendiri 
    - Selalu letih dan tidak bertenaga 
    - Sering diganggu kesedihan tidak menentu
    - Serabut fikiran dan kelesuan otak 
    - Lemah daya berfikir dan rasa malas 
    - Mudah lupa dan rasa jemu 
    - Kurang daya tumpuan

    Untuk menghilangkan masalah-masalah tersebut tenaga otak perlu dipulihkan.

    BAGAIMANA HENDAK MEMULIHKAN TENAGA OTAK?

    Seperti juga tenaga fizikal, ada 3 cara bagi memulihkan tenaga otak, iaitu:

    1. Memberikan semangat dan perangsang
    2. Beristirahat
    3. Makan dan minum


    • Memberi semangat dan perangsang

    Seseorang yang menggunakan psikologi dapat menolong membaiki prestasi murid-muridnya denga kata-kata perangsang, seperti, “Jangan putus asa. Cuba lagi. Saya yakin kamu boleh berjaya”. Seorang ayah menasihati anaknya dengan kata-kata, “Ayah faham matapelajaran ini susah sedikit, tetapi setiap yang susah itu, sudah pasti ada jalan mengatasinya”. Kata-kata perangsang begini boleh membuat anaknya itu bersemangat kembali dan terus maju. Tetapi masalahnya, sampai bilakah seseorang itu mengharapkan diberi semangat dan perangsang oleh orang lain? Semangat dan perangsang seharusnya datang dari dalam diri sendiri.

    • Beristirahat

    Bila sudah banyak bekerja menggunakan otak, dengan beristirahat akan dapat memulihkan sedikit tenaga otak itu. Tetapi hasil kajian menunjukkan otak terpaksa terus bekerja walaupun tubuh dalam keadaan rehat. Menurut penyelidikan yang dijalankan oleh Prof. D. Samuel dan rakan-rakannya dari Institut Weismann di Israel, di dapati pada satu-satu ketika, otak melakukan antara 100,000 hingga 1,000,000 tindak balas elektrokimia. Oleh itu otak sebenarnya kurang dapat berehat walaupun tubuh berehat.

    • Makanan

    Seperti juga dengan tubuh, tenaga otak pun boleh dipulihkan dengan makanan. Makanan otak digelar nutrien saraf. Apakah nutrien saraf yang dapat memulihkan tenaga? Jawapannya akan diberikan kemudian nanti. Pendapat orang Ada orang berpendapat, kecerdasan akal seseorang bergantung pada bilangan sel neuron di otak. Dengan kata lain, kalau otak itu banyak sel neuron, maka cerdaslah orang (tinggi I.Q) orang itu. Dan kalau sedikit neuron,maka kurang cerdaslah (rendah I.Q) orang itu. Adakah benar pendapat ini? Pendapat itu adalah salah. 



    Setelah menjalankan kajian mengenai fungsi otak dan hubungannya dengan makanan, maka Prof. Dr. Azizan Hj. Ismail telah berjaya merumuskan sejenis rumusan biokimia istimewa untuk otak yang diberi nama EXAMO-CKM 500.

    EXAMO-CKM 500 adalah zat atau nutrien yang dapat menyuburkan otak. EXAMO-CKM 500 dirumus mengandungi nutrien saraf Kalsium Posfat, Kalium Posfat dan Magnesium Posfat yang merupakan zat penggalak bagi menyuburkan pertumbuhan ramisaraf dendrit neuron otak. Di samping itu, EXAMO-CKM 500 adalah merupakan nutrien saraf yang diperlukan untuk memulihkan tenaga otak bagi mendapatkan kesempurnaan fungsi otak, berfikir, mengingat dan sebagainya.


    AKTIVITI OTAK

    Semua aktiviti otak berfikir, mengingat, menyimpan maklumat, merenung dan mengkaji masalah, menumpu perhatian dan lain-lain adalah proses hasil tindakbalas elektrokimia. Dari situ kita boleh faham bahawa, untuk melakukan sesuatu aktiviti mental, otak memerlukan bahan kimia bagi menimbulkan impuls elektrik yang berlari melalui ramisaraf dendrit neuron dan akson. Sama halnya dengan sebuah bateri.


    Ketahuilah, EXAMO-CKM 500 membekalkan bahan kimia yang diperlukan itu. Sama seperti baja untuk pokok yang mesti dirumus menurut keperluan optimum pokok, demikianlah juga EXAMO-CKM 500 dirumus istimewa bagi memenuhi keperluan otak untuk tujuan mendapatkan kesan baik paling maksimum.

    EXAMO-CKM 500 adalah dijamin paling berkesan, suci dan halal. Ia tidak mengandungi dadah dan dengan itu tidak boleh mendatangkan kesan sampingan, tidak membahayakan kesihatan, tidak menimbulkan ketagihan. 

    EXAMO-CKM 500 telah diujikaji oleh pihak Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Masyarakat di England (Department of Health and Society Security, England). 

    EXAMO-CKM 500 selamat untuk kegunaan semua peringkat sama ada bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan juga ibu yang hamil. Para saintis mendapati bahawa otak manusia mengadungi antara 12,000 juta hingga 15,000 juta sel otak, neuron yang berfungsi. Setiap hari beribu-ribu sel di dalam tubuh dan otak akan mati. Sel-sel tubuh yang mati akan diganti dengan sel-sel baru. Tetapi sel-sel otak (neuron) yang mati tidak akan diganti dengan sel-sel baru. Ketahuilah menurut kajian, zat Kalium Posfat dan Magnesium Posfat bertindak melambatkan kematian sel-sel otak ini. 

    Di dalam EXAMO-CKM 500 kesemua ramuan diperbuat daripada bahan-bahan bersih lagi 
    suci mengikut The British Homeophatic Pharmacopoeia dengan menggunakan kaedah triturasi. Triturasi adalah kaedah pembuatan paling saintifik yang menghasilkan nutrien yang mudah cerna. 

    Sejak dipasarkan kepada umum pada tahun 1983 EXAMO CKM 500 telah mendapat sanjungan dan banyak digunakan oleh kanak-kanak tadika, penuntut sekolah, kolej dan universiti sama ada dalam negeri mahupun luar negeri.


    Kesan Kegunaan

    A. Meningkatkan kecerdasan akal 

    Prof. Pyotr Anokhin berkata kecerdasan bergantung pada kesuburan pertumbuhan ramisaraf dendrit neuron. EXAMO-CKM 500 merupakan baja penyubur.

    B. Memulihkan tenaga mental Tenaga mental dalam bentuk elektrik. Sumber bekalan elektrik otak daripada kimia. Neurotransmisi melibatkan neurotransmiter yang terdiri daripada ion-ion K, Mg, Na, Ca, Cl, dll. 

    C. Membasmi masalah lupa Lupa terjadi apabila maklumat yang diperlukan pada waktu itu tidak dapat dikeluarkan daripada simpanan. Fenomena kesesakan lalulintas maklumat dalam otak. Perlu ada laluan maklumat baru dan banyak…perbanyakkan siratan ramisaraf dendrit.


    Lain-lain kegunaan

    Dapat membantu semua masalah yang melibatkan otak dan saraf:-

    1. Payah tidur
    2. Migrain
    3. Lelah
    4. Kanak-kanak degil
    5. Orang pendiam, malu, takut dan pemarah.
    6. Gangguan mimpi-mimpi gerun
    7. Pesakit jiwa atau mental

    Kemungkinan kesan mudarat ringan (Minor adverse reaction)

    1. Rasa mengantuk Akibat pemindahan getaran saraf dari beta ke alfa ke teta ke delta. Getaran rendah bagus untuk ingatan. 

    2. Pening kepala; tekanan darah rendah.



    ..................................................................................................................................................................
    untuk melakukan tempahan sila hubungi pusat khidmat yg berhampiran anda :

    IBU PEJABAT ERA EDAR MARKETING SDN. BHD.
    Lot 4 & 6 Tingkat Satu, Bandar Darulaman
    06000 Jitra,Kedah Darul Aman.
    Tel:
    (6)04-9199044 Faks: (6)04-9199912
    Email:
    eraedar@eraedar.com.my 

    
    PUSAT KHIDMAT KEDAH
    No. 287, Jalan Shahab,
    Shahab Perdana,
    05200 Alor Star,
    Kedah Darul Aman.
    Tel: 04-7344492


    
    PUSAT KHIDMAT PERAK
    No.5&7 Jln Changkat Maju
    34850 Changkat Jering,
    Perak Darul Ridzuan.
    Tel: 8552737


    
    PUSAT KHIDMAT KL
    
    No.28,Jln 3/146,Metro Centre
    Bandar Tasik Selatan,Sg. Besi,
    57000 Kuala Lumpur.
    Tel:03-90582002


    
    PUSAT KHIDMAT JOHOR BAHRU
    
      No.52 Jalan Padi Emas
       4/1,Bandar Baru Tampoi,
         81200 Johor Bahru,
         Johor Darul Takzim.
           Tel:07-2327069


    
    PUSAT KHIDMAT PAHANG
    
    B172,Jalan Lim Hoe Lek,
    25100 Kuantan,
    Pahang Darul Makmur.
    Tel:09-5157213
    


    
    PUSAT KHIDMAT TERENGGANU
    
    No.229 Jalan Besar Tanah Lot,
    23000 Dungun,
    Terengganu Darul Iman.
    Tel:09-8443226


    
    PUSAT KHIDMAT K.BHARU
    
    Lot 1254E,Jln.Raja Zainab 2,
    Demit Kubang Kerian,
    16150 Kota Bharu,
    Kelantan Darul Naim.
    Tel:09-7655893


    
    PUSAT KHIDMAT BORNEO
    
    I "N" R Enterprise,Tingkat Bawah,
    Blok B,Wisma MUIS,
    88858 Kota Kinabalu,Sabah.
    Tel:088-238095


    
    PUSAT KHIDMAT SARAWAK
    
    No 220-E, Lot 386, 1st Floor Sublot 15,
     Wisma Polarwood, Jalan Satok
     93400 Kuching Sarawak.
     No Tel : 082-247109



    PUSAT KHIDMAT EEM MACHANG
    KRIS ZMA
    Lot PT82, Jalan Melati Dalam Bandar,
    18500 Machang, Kelantan
    No Tel : 09-975 3725


    1 comment:

    Anonymous said...

    Beli kat www.examo.biz pun boleh juga.

    NAK REZEKI MURAH TAK?

    LINKAGE~

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...