Pages

Daisypath Anniversary tickers

Friday, April 27, 2007

APA ITU TALASEMIA?

Talasemia atau dalam bahasa Inggerisnya Thalassaemia adalah penyakit kecacatan darah. Thalassaemia merupakan keadaan yang diwarisi, iaitu diwariskan dari keluarga kepada anak. Kecacatan gen menyebabkan haemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal. Mereka yang mempunyai penyakit Thalassaemia tidak dapat menghasilkan haemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka. Haemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru keseluruh tubuh. Semua tisu tubuh manusia memerlukan oksigen. Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah (anemia).

Sel darah merah bertugas membekalkan oksijen kepada tisu dalam badan manusia. Kekurangan sel darah merah bagi membekalkan oksijen akang mengakibatkan pesakit talasemia berasa lesu, tidak bermaya, dan mungkin sesak nafas sekiranya paras hemoglobin semakin menurun.

Mereka yang mengidap Thalassaemia tidak mampu membekalkan seluruh sel tubuh mereka denga bekalan oksigen yang mencukupi akibat kekurangan haemoglobin dalam sel darah merah. Tisu yang ketiadaan oksigen gagal berfungsi dengan baik. Dengan itu tubuh mereka menjadi lemah, gagal berkembang dengan baik, dan mereka boleh menjadi sakit teruk.

Pesakit talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl.


Jenis Talasemia

Terdapat dua jenis talasemia iaitu:

Talasemia minor : Talasemia minor merujuk kepada mereka yang mempunyai
kecacatan gen talasemia tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda talasemia
atau pembawa.

Talasemia major : Talasemia major merujuk kepada mereka yang mempunyai
baka talasemia sepenuhnya dan menunjukkan tanda-tanda talasemia.


Pembawa Malaysia

Biasanya penghidap Talasemia tidak menunjukkan apa-apa tanda atau masalah kesihatan. Pengesanan hanya boleh menurunkan gen talasemia kepada anak-anaknya. Sekiranya salah seorang ibu atau bapa adalah pembawa, keadaan berikut boleh berlaku. Peratusan risiko untuk setiap kehamilan;
50% kemungkinan adalah pembawa
50% kemungkinan adalah normal
Tiada anak yang menghidap talasemia(talasemia major)



Pesakit Talasemia

Sekiranya kedua-dua ibu dan bapa adalah pembawa keadaan berikut boleh berlaku;
25% kemungkinan anak mereka adalah pesakit talasemia
50% kemungkinan anak mereka adalah pembawa
50% kemungkinan anak mereka adalah normal

Tanda dan Gejala Penyakit Talasemia

Biasanya kanak-kanak pembawa Talasemia kelihatan normal semasa dilahirkan. Walau bagaimanapun, mereka akan mula mengalami masalah anemia yang serius apabila mencapai usia di antara 13 hingga 18 bulan.
Keadaan diri pucat, sentiasa lemah, dan resah.
Anemia yang serius boleh menyebabkan kesukaran bernafas.
Jaundis.
Perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa.
Tumbesaran terbantut.
Perubahan pembentukan tulang muka, pipi, dan rahang yang tidak normal(tandalewat).




Rawatan Penyakit Talasemia

Pesakit perlu menjalani transfusi darah berterusan setiap bulan.
Transfusi darah berterusan akan menyebabkan pengumpulan zat besi di dalam organ penting badan seperti hati, jantung, dan kelenjar endokrin yang akhirnya merosakkan fungsi organ-organ tersebut.
Rawatan penyingkiran zat besi berlebihan perlu dilakukan dengan suntikan ubat Desferrioxamine.
Pemindahan sum-sum tulang sekiranya ada penderma yang sesuai di kalangan keluarga.

11 comments:

Anonymous said...

nk tye ckit,pmkanan cmnr eeik??kne byk makan pe??

SITI MASTURA said...

penyakit nie berkaitan dgn kekurgn drh merah so makan byk hati (tambah platlet) & avoid minum kafein

Arissa Adlina said...

bole saya tahu ape bezanya anemia dan talesimia...

Arissa Adlina said...

ape beza thalisimia ngan anemia yer..nampak mcm same tp nape name berbeza

SITI MASTURA said...

salam ieda...talasemia merupakan pecahan dari anemia...mmg nak sama kedua2nya..tapi talasemia penyakit keturunan..anemia x..

Anonymous said...

anak saya baru berumur 8bulan apakah rawatan yang paling sesuai untuk rawatan yg perlu di buat. ini disebabkan anak saya mungkin disyaki menghidap thalisimia

Anonymous said...

Only a small limitation applies to deducting a theft loss for anyone who itemizes deductions. The key difference between my approach and other models is that rather than using the thinking brain to try to dominate the emotional brain, I put it to work, helping the ancient emotional brain (amygdala) to gradually relax its defense. The foregoing does not mean to suggest that we should not come to our own conclusions about any of the above matters. [URL=http://lopolikumino.com ]midmonth[/URL] In these acute circumstances of physical or emotional pain, it's as though we're genetically programmed to touch. Rain boots look very cute with skirt and tights.

bintang said...

klu idung kerap kuar darah...adakh krna talasemia?

SITI MASTURA said...

hidung berdarah bukan d sbbkan talasemia...talasemia cuma myebabkan kita kekurgn drh dan cpt penat...

Anonymous said...

msxooeoe [url=http://frchrisloubtinndesoldes.com/#8331]louboutinr[/url] pmkrcynz chaussures louboutinj zfnpxqif http://frchrisloubtinndesoldes.com/

Anonymous said...

Npew beza pnghidap n pembwa. ? Msing2 bhya utk ksihtan ank2 jgk k.?

NAK REZEKI MURAH TAK?

LINKAGE~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...