Pages

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, January 18, 2007

ASAL KEJADIAN SOLAT 5 WAKTU....!!!

*SUBUH:

Orang yang pertama mengerjakan
sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s.,
iaitu
tatkala baginda keluar dari syurga lalu
dihantar ke bumi. Perkara pertama
yang dilihatnya ialah kegelapan dan
baginda berasa takut yang amat sangat.
Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi
Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama:- Bersyukur baginda
kerana terlepas dari kegelapan malam.

Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana
siang telah menjelma.

ZOHOR:

Orang yang pertama mengerjakan
sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim
a.s.,

iaitu tatkala Allah s.w.t. telah
memerintahkan padanya agar menyembelih

anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan
itu datangnya pada waktu tergelincir

matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim
empat rakaat.

Rakaat pertama:- Bersyukur bagi
penebusan.

Rakaat kedua:- Bersyukur kerana
dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.

Rakaat ketiga:- Bersyukur dan bermohon
akan keredhaan Allah.

Rakaat keempat:- Bersyukur kerana
korbannya digantikan dengan tebusan
kibas.

ASAR:
Orang yang pertama mengerjakan
sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s.,

tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah
dari perut ikan nun. Ikan nun telah

memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai
sedang ketika itu telah masuk waktu
Asar.

Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu
bersembahyang empat rakaat kerana
baginda

telah diselamatkan oleh Allah daripada
4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama:- Kelam dengan kesalahan.

Rakaat kedua:- Kelam dengan air laut.

Rakaat ketiga:- Kelam dengan malam.

Rakaat keempat:- Kelam dengan perut
ikan Nun.

MAGHRIB:
Orang yang pertama mengerjakan
sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s.,
tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah
dari kejahilan dan kebodohan kaumnya,

sedang waktu itu telah terbenamnya
matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu
bersembahyang tiga rakaat kerana
diselamatkan dari kejahilan tersebut,
iaitu:

Rakaat pertama:- Untuk menafikan
ketuhanan selain daripada Allah yang
Maha Esa.

Rakaat kedua:- Untuk menafikan tuduhan
dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti
Mariam

yang telah dituduh melakukan perbuatan
sumbang.

Rakaat ketiga:- Untuk meyakinkan
kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu
iaitu Allah
jua, tiada dua atau tiga.

ISYAK:
Orang yang pertama mengerjakan
sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s.
Pada
ketika itu Nabi Musa telah tersesat
mencari jalan keluar dari negeri Madyan,
sedang dalam dadanya penuh dengan
perasaan dukacita. Allah lalu
menghilangkan semua perasaan
dukacitanya itu pada waktu Isyak yang
akhir.
Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat
rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama:- Dukacita terhadap
isterinya.

Rakaat kedua:- Dukacita terhadap
saudaranya Nabi Harun.

Rakaat ketiga:- Dukacita terhadap
Firaun.

Rakaat keempat:- Dukacita terhadap anak
Firaun

No comments:

NAK REZEKI MURAH TAK?

LINKAGE~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...