Pages

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, May 03, 2012

12 SIFAT SAHABAT SEJATI MENURUT IMAM AL-GHAZALI

sahabat-sejati.jpg (450×350) 
sahabat+sejati.jpg (363×415)

24574_117620844931742_100000514823659_222232_1966012_n.jpg (506×316)


1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu 

itu.

3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia akan 

membantumu.

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.

5. Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau 

menyebut kebaikanmu.

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan 

kesusahanmu.

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu 

(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga 

kepentingan persahabatan.

~Semoga kita dianugerahkan sahabat seperti itu dan menjadi sahabat seperti itu.. 

InsyaAllah

Buat sahabat2 yang nak share, InsyaAllah.. saya izinkan dan saya halalkan.. semoga bermanfaat..

No comments:

NAK REZEKI MURAH TAK?

LINKAGE~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...